Thursday, September 29, 2011

duduk diantara dua sujud..


Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek. Duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan sengaja. (Al-Majmuk: 3/367)

 

Tuesday, September 13, 2011

pembuka pintu rezeki

Assalamualaikum..

ect, aku nak share sikit ngan korang,
yg telah di share kan dari kakak aku
(acik) kpd aku..


lagu nasyid UNIC - DOA DHUHA
sangat bez nasyid ni..
selain boleh dibaca slps solat dhuha..
doa ni jgk amat sesuai di amalkan dimana jua kita berada..
INSYAALLAH.. dgn doa ini kita sentiasa dimurahkan rezeki
disamping rezeki yg berkat .. amin






Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
 



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah Solat Sunat Dhuha.

 
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya.

Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya yg bermaksud :
"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) 


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : 
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 


Rasullullah juga pernah bersabda yg bermaksud :
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran, dan tidak ada yang memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yg bertaubat"
 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


 so, jom kita jadikan sunnah Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallamamalan iaitu Solat Dhuha 
menjadi amalan seharian kita..
tanda cinta kita kpd pencipta kita dan rasulnya..