Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”
Lalu jawab sahabat:
“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”
Lantas Baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat.
Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang.
Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya.
Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya
(orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan
dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
amalan yang kita buat sehari2, siang malam x menjamin lagi kita masuk syurga.. x menjamin lagi diterima oleh Allah.. sungguh rugi kalau kita muflis di akhirat kelak.. sia2 amalan kita selama ni.. oleh itu, marilah kita sama2 mohon maaf kepada org yang kita sakiti, aniaya, hina, mengumpat dan apa2 perkara buruk yang kita lakukan kepadanya..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
tp, kalo x solat, x bayar zakat, x puasa.. kompem x masuk syurga..
ReplyDelete