Tuesday, November 29, 2011

pujian..


kalau kita mendapat pujian dr org, apa yg kita perlu buat ek??

serious x tau nk wat ape..
pujian satu perkara yang bahaya sebenarnya..
ia boleh membuatkan diri kita lupa diri, bangga atau riak dalam keadaan kita  tidak sedar

kita lupa kelebihan yang kita ada
pandai, cantik, kaya, rajin, cekap n sewaktu dgnnyalah
pinjaman semata2

kalau x silap ni doa Abu Bakar ketika menerima pujian


renung2kan lah dan selamat beramal :) ect, br lepas kena puji n x tau nk wat ape, sbb xbtol sbnarnya.. plzlah jgn puji lbh2.. huhu

Monday, November 28, 2011

semenjak, dua menjak..

Sejak dua menjak tiga menjak ni, terasa byk input and ilmu2 yg mnfaat aku perolehi dek kerana byk program2 kat uia ni.. dek kerana ini juga terasa takut dengan bayang2 sendiri, takut tak dapat nak praktikkan dgn ilmu2 yg perolehi dalam kehidupan seharian, takut nak istiqamah dengan perubahan yg ingin dilakukan, takut mudah terlalai dengan hasutan2 syaitan yang tak pernah putus asa.. haish, apa aku merepek ni..


tetiba miss bdk2 nih, curi pic ni kat fb along..bez nyer zaman kanak2, x payah nak fikir apa2..

Wednesday, November 23, 2011

Tiang agama


Solat  itu tiang agama, Ibarat rumah yang tak bertiang, begitu lah gambaran yg boleh diberi pada agama kalau tidak menunaikan solat. Jika amalan kita boleh di ukur dengan nilai, beginilah yang boleh kita ibarat kan..


walau berjuta2 wang ringgit kita bersedekah, tiap2 tahun menunaikan haji, puasa tidak pernah tinggal, tp kalau rukun islam yang ke-3 ini tidak dapat kita tunaikan maka semua amalan kita tiada guna lagi. 


"Janganlah kita bagi sisa-sisa kehidupan kita kepada Allah"




Ini lah salah satu ungkapan dari Bro.Sham Kamikaze pada opening ceremony untuk Campus Dakwah Project (CAMPRO) dengan dimulai dengan satu talk yang sangat bersesuaian dengan muda mudi zaman sekarang yang bertajuk "I'M ROCK I'M OK"
*nak tau lebih lanjut pasal talk ni klik SINI


Jika diperhatikan sekarang ramai yang ambil mudah tentang rukun islam kita yang ke-3 iaitu solat lima waktu sama ada tidak menunaikan terus dengan memberi bermacam-macam alasan atau  melewat-lewatkannya.. 


 Kita sering sibuk dengan kehidupan di dunia (study, tgk tv, online, shopping, berbual kosong...) sehinggakan hanya sisa-sisa masa kita jer dapat di luangkan kepadaNya.. Adilkah kita kepadaNya?? 



Jawatan kosong kepada sesiapa yang berminat 


m0od ~ x sabar nak balik kampung jumpa family y tercenta dgn harapan dapat tunaikan perintah Allah walau dimana bumi dipijak..

Saturday, November 19, 2011

Remaja


"Di dunia, hidup pada zaman remaja memang sekali, 
tp lupakah kita yang di akhirat kelak kita sentiasa remaja"


gambar hiasan


Assalamualaikum.. Alhamdulilah, baru je selesai khursus pengurusan jenazah dari pukul 8pg-4ptg, walau pun pada mulanya agak tertekan sbb diwajibkan pada minggu2 nk exam ni, padahal x study gak ttp rasa sgt berbaloi sbb, banyak ilmu baru yang dapat dipelajari..


Sebenarnya bkn nk cerita tentang khursus ni, cuma tertarik dengan ayat salah seorang penceramah td, Ustazah Hayati.. tengah2 dia dok tunjuk demo cara2 nk kafankan jenazah, tetiba dia ada cakap yang memang hidup atas dunia, kita akan lalui zaman remaja sekali sahaja, tp kita lupa yang kelak selama2 nya kita akan berada pada zaman keremajaan.. 


Ayat tu amat terkesan kpd aku yang suka mencari hiburan, kemewahan, atau dengan kata lain, hidup nak enjoy jer, sehinggakan kekadang aku terlupa yang hidup di dunia hanyalah sementara, seketika, kejap jer bila mana hanyalah satu perjalanan, dan akhirat kelak merupakan destinasi sebenar, kehidupan kita yang sebenar2 nya..


Janganlah sia2 usia remaja kita ni.. kita x tahu bila kita akan mati, mungkin esok, mungkin hari ni, atau mungkin 2 3 minit lagi.. oleh itu kita kena sentiasa bersiap sedia..


"bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian"  bersusah lah dahulu hidup kita di dunia ni dengan mengawal nafsu kita.. nafsu malas nak ikut apa yang diperintah olehNya, nafsu malas nak buat apa yang disukai olehNya, nafsu malas nak tinggalkan apa yang dilarang olehNya, nafsu malas nak tinggalkan apa yang tidak disukai oleh Nya, nafsu malas nak study time2 nak exam, ha ni kena highlight sikit, sbb skrang musim exam.. nafsu suka tido banyak, nafsu suka makan banyak, nafsu suka shopping, nafsu suka hiburan dan banyak lagi lah.. iAllah kelak kita akan hidup bahagia jika nafsu2 ini dapat kita atasi.. amin


ada satu cerita pada zaman Rasullulah yang berkait dengan jihad melawan nafsu :

After coming back from one of his battlefields, the Prophet SAW said,

"you have come forth in the best way of coming forth, you have come from the lesser jihad to the greater jihad"

they asked,

"And what is the greater jihad?"

He replied,

"The striving of Allah's servants againts their idle desires"


in english, sbb mls nk translate nota ungs (ungs: salah satu subjek wajib kat uia).. so, x payah nk perang2, lawan nafsu pom dah dikira satu jihad..



p/s : ok, esok saya nk bgn awal.. wsalam

Sunday, November 13, 2011

to all SPM candidates..


All the best to all SPM candidates,
especially to my bro, puih
the only one her0 p0k cik din n cikgu midah




ingat Allah sokmo
maye jange tinggal
ingat etek ko ummi ngan abah tuh...
wat molek exam
result biar gempak
pade ngan hk suko bakar aye tuh..

 
ikhlas dr SPM candidates 2008
sape ler bdk2 kat atas ni.. hik3
 

Saturday, November 12, 2011

l0ve is cinta


Assalamualaikum

hari ni, nak post pasal cinta sikit..
bersempena ngan kakak aku (angah) yg br jer kawin..
28/10/2011 kenduri kat rmh aku di pasir mas, kelantan..
n hari ni hantar menantu di taman tas, kuantan, pahang..



maksud cinta sebenarnya
mententeramkan jiwa,
mendatangkan kebahagiaan,
membangkitkan semangat..



tp bila kita dah jatuh cinta ngan seseorang tu
makan x kenyang,
mandi x basah,
tido x lena..
 so, betul ke rasa cinta yang kita rasa tu??



Cintailah seseorang yang mencintai Allah lebih dari mencintai kita dan cintailah Allah lebih dari kita mencintai seseorang yang kita cintai cam berbelit jer ayat ni, lantak r.. huhu
cintailah Allah sebelum kita mecintai seseorang 




petikan nasyid raihan~cinta hakiki
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa






Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.






Selamat Pengantin baru Angah n Abe sharul
semoga berkekalan hingga ke syurga firdaus..
tarikh pada gambar salah..


p/s: mid term ada lagi 3 paper, br nk mncari mood study yg menghilang ntah ke mana.. huhu