Tuesday, July 31, 2012

Dunia or akhirat??


 

Sempena ramadhan ni, nk jgk pecut buat amalan-amalan kebaikan . . sebab pada bulan ni, Allah buka pintu seluas-luas nya ke syurga . . kata ustaz Dr Abdul Basit dalam ni, luasnya pintu syurga kalau nk di ibaratkan dengan lebuhraya, lebuhraya yang 4 line tuh . . luasnya jalan ke syurga dibuka . . Oleh itu, tak kan nk gerak perlahan jer, mesti lah  nak pecut selaju-laju nya . . 140km/j or 160 km/j kalau boleh sampai terbalik meter . .

Dalam pecutan yang cuba aku usahakan ni, tetiba tersangkut dengan surat cinta Nya ini . .

Hai orang-orang yang beriman,
apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu,
"Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah"
kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti di akhirat?
padahal keni'matan hidup di dunia ini dibandingkan dengan 
kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
[Al-Taubah : 38]


huh, ayat ni sememang nya terkena batang hidung lah, tetiba tanpa sedar air mata bergelinang . . sedih dengan diri sendiri, terasa nak dihantuk2 kepala ke dinding dek terasa geram dengan diri sendiri yang terlalu rasa selesa dengan kehidupan sekarang, sampai tak nak rasa susah sikit pon dalam membuat amal kebaikan . .

Walaupun ayat ni diturunkan perintah untuk turun berperang semasa Perang Tabuk, iaitu perang yang mana tempatnya sangat jauh dan musim yang sangat selesa berada dirumah . . Allah telah menurunkan ayat ini kepada beberapa orang sahabat Nabi yang enggan turut berperang kerana best nye berada di rumah bersama keluarga tercinta di musim sebegitu dan kerana tempatnya agak jauh . . dengan ayat ini kita boleh mengambil pengajaran . .

APAKAH KAMU SUDAH PUAS DENGAN KEHIDUPAN DI DUNIA SEBAGAI GANTI DI AKHIRAT?? 

Ye, adakah aku sudah puas dengan kehidupan dunia ni sampai tak nak berusaha masuk syurga?? . . padahal kat syurga tu jauh lagi best sampai tak dapat nk dibayangkan tahap ke'best'sannya . . so, kita tak sepatutnya berasa berat nak melawan nafsu, nafsu makan, tido, tengok tv dan segala nafsu2 yang melalaikan kita kepada Allah . . kerana melawan nafsu juga adalah salah satu JIHAD . .

Pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, jom kita sama2 berperang habis habisan menggunakan segala senjata2 dan teknik2 yang ada untuk melawan nafsu dalam mengejar syurga yang kekal abadi . . janganlah kita menjadi seorang yang sudah selesa dengan kehidupan di dunia sehingga terasa berat untuk mengejar syurga Nya . .

jom jadikan Ramadhan tahun ini, ramadhan yang terbaik dari sebelumnya . . insyaAllah . .

Aku bersaksi tiada tuhan selainMu ya Allah
aku mohon keampunan dariMu ya Allah
aku mohon dariMu syurga
dan aku mohon dariMu jauh dari apu neraka
aminnn . .

p/s: jom sahut cabaran ramadhan 1433H APG, bukan keran inche gabanna tp kerana ingin memburu redhaNya :)

1 comment: