mandi tak basah,
makan tak kenyang,
tidur tak lena,
adakah ini semua tanda nya cinta?
tidak, tidak sama sekali
kerana cinta itu
sifatnya menenangkan..
Ia hadir apabila ruang itu tidak di isi
dan akan terus kosong selagi tidak di isi
dengan yang selayaknya
ruang itu adalah khas untuk Allah
iaitu kepatuhan, ketaatan, serta
kebergantungan kita kepadaNya
Then when you have take a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah love to those who put their trust in Him[Al-Imran]
Friday, April 26, 2013
Tuesday, April 16, 2013
muhasabah diri
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada
Allah. Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu
sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun
lagi Maha Pengampun”(Al-Israk:44)
Sahabatku, jika kita lihat ke langit, di situ
kita akan temui bulan dan matahari, mereka tanpa membantah, mengikut arahan
Allah untuk sentiasa bergerak di dalam orbitnya. Cuba kita lihat pula
disekeliling kita, pada pokok2, pepasir di pantai, dengar deruan air yang
berombak, angin yg sepoi2 bertiup. Tanpa membantah juga, mereka mengikut arahan
Allah. Masing2 punya fungsi dan karakternya. Meraka semua, setiap saat, setiap
detik, sentiasa bertasbih, memuji kebesaran Allah.Tetapi kita(3x)! Kita manusia
yang digelar sebaik2 makhluk, sering terlupa, terlalai dengan tipu daya dunia.
Sering terlupa yang kita juga mempunyai tanggungjawab diatas dunia ini.
Lupakah kita, yang kehidupan dunia ini
hanyalah persinggahan. Hanyalah sementara. Mati itu pasti. Bagaimana kita yakin
dapat hidup 10 tahun lagi? Bagaimana kita yakin hari esok masih milik kita?
Bagaimana kita yakin beberapa saat lagi kita masih bernyawa? Entah esok, lusa, atau beberapa saat lagi, nyawa
kita akan terpisah dari jasad. Pada saat itu, sudahkah kita tunaikan
tanggungjawab kita, tanggungjawab kita untuk beribadah kepada Allah dan sebagai
seorang khalifah diatas muka bumi ini. Beribadah dan khalifah, itu lah
tanggungjawab kita di atas dunia ini. Sama seperti makhluk lain, kita juga
mempunyai tanggungjawab yang perlu dipatuhi. Lupakah kita?
Semalam kita masih hidup. Hari ini, kita
masih diizinkan bangun daripada tidur. Sedangkan kita belum memohon ampun atas
dosa-dosa semalam, malahan masih lagi leka menambah dosa-dosa yang sedia ada.
Semakin lama, semakin bertimbun.
Kita selalu lalai. Kita selalu lupa. Kita
berasa senang dengan kehidupan yang penuh dengan kealpaan ini. Diri ini dibuai
indah dengan kehidupan duniawi. Esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada.
Esok masih sempat bertaubat. Allah itu Maha Pengampun tidak mengapa sekiranya
melakukan dosa. Itulah sangkaan kita.
Sahabat, Sekali lagi kita lupa, yang akan
tiba satu hari nanti, Allah pasti melepaskan kemarahanNya, setelah sekian lama
Dia memberikan kita peluang keampunan. Hari itu, adalah hari akhirat. Pada hari
itu, Allah membalas segala perbuatan manusia, sama ada baik ataupun buruk. Pada
hari itu, tidak ada sesiapa pon akan mendapat belas kasihanNya, kecuali yang
terpilih sahaja. Pemeriksaan Allah pada hari itu halus dan tajam tanpa ada
kelonggaran. Sama ada yang dilahirkan dari dalam hati ataupun yang
disembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan.
Bayangkan sahabat, kita semua akan dikumpulkan. Pada saat itu,
kita keseorangan diri, tanpa rakan2, ibu atau
ayah yang dapat menolong kita. Allah berfirman “dan diletakkan setiap
dari kita satu kitab, lalu berkatalah org2 yang bersalah, ketakutan terhadap
apa yang tertulis di dalamnya, aduhai celakalah kami, kitab apakah ini yang
tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat
semuanya” (Al-kahfi:49)
Diwaktu itu mungkin anda akan terfikir.
Arrghhh!!!!!
Kenapalah aku tidak menjaga solatku, kenapalah aku selalu melambatkan
solatku, kenapalah aku tidak khusyuk dalam solatku, kenapalah aku banyak
membelanjakan wang ku kepada benda yang tidak berfaedah dari membelanjakan ke
jalan Allah. Kenapalah banyak masaku dihabiskan dengan benda yang sia-sia dari
masa bersama Allah. Kenapalah banyak percakapanku tentang dunia dari akhirat.
Kenapalah banyak perkataanku tentang perkara-perkara yang lalai dari bercakap
tentang kebesaranMu. Kenapalah fikiranku sesak memikirkan makhlukMu yang
bergelar manusia daripada memikirkan kebesaranMU. Kenapalah aku lalai dengan
cinta manusia sehingga aku lupa akan cintaMU. Kenapalah aku asyik memikirkan
fesyen2 terkini daripada menutup auratku. Kenapalah aku tidak menjaga akhlakku
sehingga islam terfitnah keranaku. Kenapalah malam-malam ku dihiasi benda lagha
daripada bertasbih memuji kepadaMU.
Kenapa, kenapa, kenapa aku lupa semua ini!!!
Pada
saat itu, amalan apakah yang dapat kita banggakan depan Allah? Sekiranya tiada
satu pun, habis bagaimana nasib kita?
Syurga atau neraka?? Argghhh!! Aku
ingin pulang kedunia…
Dalam
surah Al-mukminun. “orang
yang derhaka , lepas mati akan sangat menyesal. Mereka merayu minta pada Allah
untuk dihidupkan semula ke dunia, agar dapat beramal soleh dan berbuat baik.
Allah pun tegas berkata, jgn mimpilah! kalian akan kekal disini sampai
bila-bila. Tinggallah dengan hina didalamnya dan janganlah kau berbicara dengan
Aku”
Disaat ini, penyesalan tidak akan memberi
apa-apa makna kepada kita.
Cuba
kita berfikir sejenak.
Bilakah kali terakhir kita menagis kerana takut padaNya? Bilakah kali terakhir
kita menangis kerana memikirkan betapa banyaknya dosa kita?
Wahai sahabat ku, marilah kita sama-sama
kembali kepada Allah, marilah sama sama kita mohon keampunannya. Belum tiba
masanya lagi kah untuk kita berubah kearah yang lebih baik. Kearah yang Allah
redhai. Umur kita sudah menjangkau 22 tahun. Dalam 22 tahun ni rasanya amalan
apa yang telah Allah terima. Rasa-rasanya banyak amalan baik atau buruk. Setiap
dari kita tahu hakikat keadaan iman masing-masing. Persoalannya, sama ada kita
ambil kisah atau tidak dengan keadaan iman kita. Sama ada kita mahu berubah
atau tidak, semuanya di tangan kita. Sementara Allah masih pinjamkan kita nyawa
ini, marilah kita sama-sama berubah. Jangan sampai terlambat. Dari Allah kita
datang dan kepada Allah kita kembali. Tidak teringinkah kita kekal hidup di dalam
syurgaNya? Selama-lamanya….. Itulah nikmat yang terbesar. Semoga Allah bantu
kita untuk berubah. Semoga Allah campakkan kefahaman kedalam hati kita. Dan
yang paling penting semoga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah dan kekal
didalamnya.
“Belum
tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat
Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah
mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum
itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi
keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang
fasik”(al-Hadid,57:16)
Maaf jika penyampaian yang disampaikan ini tidak sampai ke hati kalian. Mungkin kerana dosa2 ku yang banyak, atau mungkin juga, dosa2 kalian, sehingga ia menghalang untuk sampai ke hati. Marilah sama-sama kita beristgfar. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, baik yang kita sedar atau tidak, baik yang kita sengajakan atau tidak. Moga bersahabat nya kita disini bersahabat lagi kita disana..
Friday, April 12, 2013
Saya sudah semak
Dengan ini tarikh pilihan raya ke-13 jatuh pada 5 Mei 2013
yeay!!! jom mengundi, yuhuuu..
tarikh mengundi pon dah umum
jom2, cepat2 cari tiket, huhu
eh excited plak nak mengundi ni
padahal bukan sebab nak mengundi sgt
tapi sebab nak balik kampung,
n maybe ada dapat duit,
duit claim tiket, hik3
n benda ni 5 tahun sekali jer
n n n n rase sedikit dewasa lah,
sbb da boleh memangkah, ahaks :P
tp, hakikatnya
mengundi ni bukan benda main2 kot
fikir2 balik, takut plak
ini satu tanggungjawap yg besar..
hmmm, so x boleh main pangkah jer
kena ada sedikit usaha
utk pilih yg terbaik
cuba kaji kedua2 belah pihak
pilihlah yang terbaik
dan juga jgn lupa mntak petunjuk Allah
moga dgn usaha yg sedikit itu
dapat menegakkan islam di muka bumi
walaupun kita tidak tahu
adakah betul parti yg kita pilih itu betul
dapat tegakkan islam
atleast kita berUSAHA untuk pilih yg terbaik
bukan main pangkah jer
bukan sbb mak ayah kita pangkah yg tu
kita pon pangkah yg tu
bukan sbb kat kg kita byk bendera tu
kita pilih yg tu
n so on lah
kaji, nilai, n pilihlah yg terbaik, hee
saya sudah semak, dan saya pilih mengundi, anda bagaimana?
selamat mengundi :)
Subscribe to:
Posts (Atom)