Tuesday, February 25, 2014

Hati ibarat raja


Raja iaitu seorang yang sangat berpengaruh, berkuasa, berperanan besar pada rakyat-rakyatnya. Dulu raja boleh buat apa sahaja yang disukainya, mungkin boleh sampai pancung rakyatnya, betapa raja itu sangat berkuasa atas rakyat jelatanya.

Begitu jugalah hati, yang sangat berperanan, berkuasa dan mempengaruhi keatas segala perbuatan kita. Rosaknya hati, rosak lah segalanya.

Bagaimana pula untuk pengaruhi orang ke arah kebaikan, jika hati rosak?

Kata opick, ubat hati ada lima perkaranya

baca quran dan maknanya
solat malam dirikanlah
berkumpullah dengan orang soleh
perbanyakkan berpuasa
zikir malam perpanjanglah

atau dengan kata lain, sentiasa merapatkan diri dengan Allah.

akhir kata, jagalah hati, janganlah dikotori. Kerana hati itu raja.

Thursday, February 6, 2014

wa rase wa penat, tapi wa bahagia ^^


Dulu wa nk buat apa2, suke ati wa jer, x yah pk banyak2, x yah pk panjang2..
Janji wa bahagia.. wahahahahahahaha..

Tp, skrg wa da berubah, wa da sedar yg hidup ni tempat singgah jer..
So, kalo buat apa2, wa kena pk btol2,
Allah redha ke x? Alllah suke ke x? Allah marah ke x?
Yes!! redha Allah tu sgt penting..

Tp, kadang2, wa penat n wa leeeetih.. wa peeeeeenat ngat..
penat nak jadi baik pada mataNya.. penat, penat nak pk nk jd baik
penat nk istiqamah jd baik.. wa mmg x sabar utk semua tu..
wa rase wa dah putus asa..

bukak quran, belek2, then jumpa ni

 "Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan tuhanNya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan , orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, yaitu surga 'Adn yang mereka masuk kedalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, sambil mengucapkan "Salamun 'alaikum bimashabartum" (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu"
(13:22-24)

sabar cari redha Allah = surga 'Adn

memang wa penat tapi wa bahagia, jika syurga yg dijanjikan Allah..