Tuesday, February 25, 2014

Hati ibarat raja


Raja iaitu seorang yang sangat berpengaruh, berkuasa, berperanan besar pada rakyat-rakyatnya. Dulu raja boleh buat apa sahaja yang disukainya, mungkin boleh sampai pancung rakyatnya, betapa raja itu sangat berkuasa atas rakyat jelatanya.

Begitu jugalah hati, yang sangat berperanan, berkuasa dan mempengaruhi keatas segala perbuatan kita. Rosaknya hati, rosak lah segalanya.

Bagaimana pula untuk pengaruhi orang ke arah kebaikan, jika hati rosak?

Kata opick, ubat hati ada lima perkaranya

baca quran dan maknanya
solat malam dirikanlah
berkumpullah dengan orang soleh
perbanyakkan berpuasa
zikir malam perpanjanglah

atau dengan kata lain, sentiasa merapatkan diri dengan Allah.

akhir kata, jagalah hati, janganlah dikotori. Kerana hati itu raja.

No comments:

Post a Comment