Sunday, December 30, 2012

New Year


31.12.2012

Ramai plak yang update status, SELAMAT TAHUN BARU. Ini bermakna umurku bertambah lagi.
Walaupun birthday lambat lagi, yang penting tahun 2013 umurku 22 tahun. Seakan-akan tidak percaya,
tua nyer. Baru semalam terasa ambil SPM, rupanya hampir 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan.
Semakin jauh aku dengan masa lampau, dan aku pasti semakin dekat juga aku dengan kematian.



Imam Al Ghazali bertanya “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya memberikan jawapan seperti orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali kemudiannya menjelaskan yang semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘Mati’ kerana Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran ;185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling jauh adalah ‘Masa Lalu’. Bagaimanapun keadaan kita, apapun kenderaan yang kita gunakan,  kita tetap tidak boleh kembalikan masa lalu.



Tetapi, jika ditoleh kebelakang, amat sedikit rasanya bekalku untuk kesana. Jika esok roh dan jasadku
bercerai, layakkah aku kesyurgaNya? Amat kerdil rasanya diri ini, jika dibandingkan dengan Sultan
Al-Fateh, di usia ini, dia sudah berjaya menakhluk konstantinepal. Jika dilihat pada amalan-amalanya, qiam
dilakukan setiap malam, no wonder lah dia digelar sebaik2 raja. Tersentap juga aku dengan kata-kata ustaz
Zaharuddin ini,


"kita sepatutnya semakin sedar bahawa umur kita semakin pendek, dan kita semakin perlu mempunyai suatu target untuk kita capai. ia juga bermakna, kita sepatutnya lebih matang daripada tahun sebelum ini.  
untuk itu, kita perlu lebih memaknakan amalan-amalan yang kita lakukan. mungkin kita sudah terbiasa melakukan sesuatu amalan, tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi erti kepada amalan tersebut?  

kalau kita solat, bagaimana menambahkan kekhusyukannya? kalau berdoa, bagaimana untuk kita lebih faham ertinya? kalau bekerja, bagaimana untuk tak bosan melakukan sesuatu kerja?" 
-ustaz zaharuddin, mencari erti penghijrahan


umur ku yang semakin pendek, anjakan paradigma harus dilakukan pada tahun ini. Tak kan amalaku di
tahun baru sama dengan amalanku pada tahun sebelumnya. Perbanyakkan buat amalan sampai penat nak
lakukan kejahatan. ayuh rakan-rakan!!



 demi Allah, sesungguhnya bersungguh-sungguh dalam beramal membuahkan titik terangnya hidayah menjadi semakin besar kerana amal-amal itu adalah penyubur, seperti simbahan minyak pada nyalaan api yang kecil. sama juga seperti iman yang bertambah dengan ketaatan.
 
#dipetik dari buku biar bidadari mencemburui dirimu.
 
 

moga dengan amalan-amalan dan ketaatan melakukannya, menambahkan iman kita ini. Masa remaja hanya
sekali, tetapi disana kita remaja selamanya. Jom sama-sama manfaatkan masa remaja, jangan dipersia-
siakan. Moga Allah menerima amalan-amalan kita. ayuh rakan-rakan!! tiada masa lagi untuk berpangku
tangan, moga Allah memberi kekuatan kepadaku juga.

cinta


idea asal APG

Monday, December 24, 2012

Ayat cinta


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga 
maka sungguh ia telah beruntung.
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali Imran : 185)


Friday, December 14, 2012

Bisakah ?


Sahabat sampai syurga.. 
Inilah yang sering diungkapkan apabila jalinan persahabatan semakin akrab.

Tetapi, bisakah kita? mampukah kita untuk merealisasikannya..

Bisakah AKU? ye, bisakah aku ingin bersama mereka di Taman Firdausnya

Apabila sahabat dalam kesusahan, aku terdetik rasa gembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku terdetik rasa dengki..
Apabila sahabat dalam kesedihan, aku bergembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku tidak raikan..

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 
(Hadis riwayat Muslim).

atau mungkin masih belum sempurna imanku ini..

aku masih belum mengasihani mereka seperti aku mengsihi diri aku sendiri,
aku masih belum mendoakan mereka seperti aku mendoakan untuk diri aku sendiri 
 
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazalii

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

wah, tidak akan ditolak
malah, malaikat turut mendoakan kita..
tiada siapa yang rugi
kedua-dua nya akan beruntung
inilah yang dikatakan
bersahabat sampai syurga..
 in shaa Allah 
dengan izinNya :)


  moga kita bertemu lagi di Taman syurganNya kelak
sayang sek mg, rindu sek mg
kerana Allah..
my beloved gfotim..

  
"Doakan aku,"  Asid meminta. Kalaulah dia larat bangun, tidak akan dia berlengah mengikuti mereka. 
"Sejak bila aku pernah lupa doakan kau?"  Irfan meninggalkan Asid dengan senyuman. Asid tersenyum sendirian. (Petikan dr novel Sinergi, Hilal Asyraf) 

p/s: cerita ni pasal sahabat sangat bez..
   

Saturday, December 1, 2012

Bidadari


Ada seorang hamba Allah post ayat2 ni di fb nyer :

[56] Di dalam syurga itu ada Bidadari-Bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya

[58] Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan

[70] Di dalam syurga-syurga itu ada Bidadari-Bidadari yang baik-baik dan jelita

[72] Ia Bidadari-Bidadari yang hanya tinggal tetap masing-masing

[74] Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin

'TAKBIR', tetiba salah seorang daripada kami melaungkannya. Yang lain pula menyambutnya.

Kami tergelak-gelak. Bukan main semangat sahabat kami itu. Ditanya kenapa. Jawabnya, mestilah semangat sebab nak dapat cinta sejati di syurga. Dah tak pandang dah muslimat-muslimat kat dunia ini. Haha


wah, tersentap dengan gelagat mereka itu.. tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan, sememangnya Allah sudah menjanjikannya untuk mereka disyurga nanti.. 
saya jeles dengan bidadari-bidadari itu, itu memang tidak boleh dinafikan.. 
terautomatiknyer tangan ku mencapai buku ini, untuk memujuk diri.. 
tunggulah kau bidadari, kau akan mencemburui diriku nanti..haha


credit