31.12.2012
Ramai plak yang update status, SELAMAT TAHUN BARU. Ini bermakna umurku bertambah lagi.
Walaupun birthday lambat lagi, yang penting tahun 2013 umurku 22 tahun. Seakan-akan tidak percaya,
tua nyer. Baru semalam terasa ambil SPM, rupanya hampir 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan.
Semakin jauh aku dengan masa lampau, dan aku pasti semakin dekat juga aku dengan kematian.
Imam Al Ghazali bertanya “Apa
yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya
memberikan jawapan seperti orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam
Ghazali kemudiannya menjelaskan yang semua jawapan itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita adalah ‘Mati’ kerana Allah SWT telah
berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran ;185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan
yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan
bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang
mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling jauh adalah ‘Masa Lalu’.
Bagaimanapun keadaan kita, apapun kenderaan yang kita gunakan, kita
tetap tidak boleh kembalikan masa lalu.
Tetapi, jika ditoleh kebelakang, amat sedikit rasanya bekalku untuk kesana. Jika esok roh dan jasadku
bercerai, layakkah aku kesyurgaNya? Amat kerdil rasanya diri ini, jika dibandingkan dengan Sultan
Al-Fateh, di usia ini, dia sudah berjaya menakhluk konstantinepal. Jika dilihat pada amalan-amalanya, qiam
dilakukan setiap malam, no wonder lah dia digelar sebaik2 raja. Tersentap juga aku dengan kata-kata ustaz
Zaharuddin ini,
"kita sepatutnya semakin sedar bahawa umur kita semakin pendek, dan kita semakin perlu mempunyai suatu target untuk kita capai. ia juga bermakna, kita sepatutnya lebih matang daripada tahun sebelum ini.
untuk itu, kita perlu lebih memaknakan amalan-amalan yang kita lakukan. mungkin kita sudah terbiasa melakukan sesuatu amalan, tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi erti kepada amalan tersebut?
kalau kita solat, bagaimana menambahkan kekhusyukannya? kalau berdoa, bagaimana untuk kita lebih faham ertinya? kalau bekerja, bagaimana untuk tak bosan melakukan sesuatu kerja?"
-ustaz zaharuddin, mencari erti penghijrahan
umur ku yang semakin pendek, anjakan paradigma harus dilakukan pada tahun ini. Tak kan amalaku di
tahun baru sama dengan amalanku pada tahun sebelumnya. Perbanyakkan buat amalan sampai penat nak
lakukan kejahatan. ayuh rakan-rakan!!
demi Allah, sesungguhnya
bersungguh-sungguh dalam beramal membuahkan titik terangnya hidayah menjadi
semakin besar kerana amal-amal itu adalah penyubur, seperti simbahan minyak pada
nyalaan api yang kecil. sama juga seperti iman yang bertambah dengan ketaatan.
#dipetik dari buku biar bidadari mencemburui dirimu.
moga dengan amalan-amalan dan ketaatan melakukannya, menambahkan iman kita ini. Masa remaja hanya
sekali, tetapi disana kita remaja selamanya. Jom sama-sama manfaatkan masa remaja, jangan dipersia-
siakan. Moga Allah menerima amalan-amalan kita. ayuh rakan-rakan!! tiada masa lagi untuk berpangku
tangan, moga Allah memberi kekuatan kepadaku juga.
muhasabah diri..
ReplyDeletetahun baru, azam baru..
Deletedone follow..bantu saya utk dptkn #400 followers b4 newyer dgn buat followbck plisss ;__;
ReplyDeleteorait..
Deletedone follow awak.. Follow me backk.
ReplyDeletehttp://khairiyah-murad.blogspot.com