Friday, December 14, 2012

Bisakah ?


Sahabat sampai syurga.. 
Inilah yang sering diungkapkan apabila jalinan persahabatan semakin akrab.

Tetapi, bisakah kita? mampukah kita untuk merealisasikannya..

Bisakah AKU? ye, bisakah aku ingin bersama mereka di Taman Firdausnya

Apabila sahabat dalam kesusahan, aku terdetik rasa gembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku terdetik rasa dengki..
Apabila sahabat dalam kesedihan, aku bergembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku tidak raikan..

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 
(Hadis riwayat Muslim).

atau mungkin masih belum sempurna imanku ini..

aku masih belum mengasihani mereka seperti aku mengsihi diri aku sendiri,
aku masih belum mendoakan mereka seperti aku mendoakan untuk diri aku sendiri 
 
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazalii

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

wah, tidak akan ditolak
malah, malaikat turut mendoakan kita..
tiada siapa yang rugi
kedua-dua nya akan beruntung
inilah yang dikatakan
bersahabat sampai syurga..
 in shaa Allah 
dengan izinNya :)


  moga kita bertemu lagi di Taman syurganNya kelak
sayang sek mg, rindu sek mg
kerana Allah..
my beloved gfotim..

  
"Doakan aku,"  Asid meminta. Kalaulah dia larat bangun, tidak akan dia berlengah mengikuti mereka. 
"Sejak bila aku pernah lupa doakan kau?"  Irfan meninggalkan Asid dengan senyuman. Asid tersenyum sendirian. (Petikan dr novel Sinergi, Hilal Asyraf) 

p/s: cerita ni pasal sahabat sangat bez..
   

No comments:

Post a Comment