Sunday, December 30, 2012

New Year


31.12.2012

Ramai plak yang update status, SELAMAT TAHUN BARU. Ini bermakna umurku bertambah lagi.
Walaupun birthday lambat lagi, yang penting tahun 2013 umurku 22 tahun. Seakan-akan tidak percaya,
tua nyer. Baru semalam terasa ambil SPM, rupanya hampir 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan.
Semakin jauh aku dengan masa lampau, dan aku pasti semakin dekat juga aku dengan kematian.



Imam Al Ghazali bertanya “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya memberikan jawapan seperti orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali kemudiannya menjelaskan yang semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘Mati’ kerana Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran ;185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling jauh adalah ‘Masa Lalu’. Bagaimanapun keadaan kita, apapun kenderaan yang kita gunakan,  kita tetap tidak boleh kembalikan masa lalu.



Tetapi, jika ditoleh kebelakang, amat sedikit rasanya bekalku untuk kesana. Jika esok roh dan jasadku
bercerai, layakkah aku kesyurgaNya? Amat kerdil rasanya diri ini, jika dibandingkan dengan Sultan
Al-Fateh, di usia ini, dia sudah berjaya menakhluk konstantinepal. Jika dilihat pada amalan-amalanya, qiam
dilakukan setiap malam, no wonder lah dia digelar sebaik2 raja. Tersentap juga aku dengan kata-kata ustaz
Zaharuddin ini,


"kita sepatutnya semakin sedar bahawa umur kita semakin pendek, dan kita semakin perlu mempunyai suatu target untuk kita capai. ia juga bermakna, kita sepatutnya lebih matang daripada tahun sebelum ini.  
untuk itu, kita perlu lebih memaknakan amalan-amalan yang kita lakukan. mungkin kita sudah terbiasa melakukan sesuatu amalan, tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi erti kepada amalan tersebut?  

kalau kita solat, bagaimana menambahkan kekhusyukannya? kalau berdoa, bagaimana untuk kita lebih faham ertinya? kalau bekerja, bagaimana untuk tak bosan melakukan sesuatu kerja?" 
-ustaz zaharuddin, mencari erti penghijrahan


umur ku yang semakin pendek, anjakan paradigma harus dilakukan pada tahun ini. Tak kan amalaku di
tahun baru sama dengan amalanku pada tahun sebelumnya. Perbanyakkan buat amalan sampai penat nak
lakukan kejahatan. ayuh rakan-rakan!!



 demi Allah, sesungguhnya bersungguh-sungguh dalam beramal membuahkan titik terangnya hidayah menjadi semakin besar kerana amal-amal itu adalah penyubur, seperti simbahan minyak pada nyalaan api yang kecil. sama juga seperti iman yang bertambah dengan ketaatan.
 
#dipetik dari buku biar bidadari mencemburui dirimu.
 
 

moga dengan amalan-amalan dan ketaatan melakukannya, menambahkan iman kita ini. Masa remaja hanya
sekali, tetapi disana kita remaja selamanya. Jom sama-sama manfaatkan masa remaja, jangan dipersia-
siakan. Moga Allah menerima amalan-amalan kita. ayuh rakan-rakan!! tiada masa lagi untuk berpangku
tangan, moga Allah memberi kekuatan kepadaku juga.

cinta


idea asal APG

Monday, December 24, 2012

Ayat cinta


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga 
maka sungguh ia telah beruntung.
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali Imran : 185)


Friday, December 14, 2012

Bisakah ?


Sahabat sampai syurga.. 
Inilah yang sering diungkapkan apabila jalinan persahabatan semakin akrab.

Tetapi, bisakah kita? mampukah kita untuk merealisasikannya..

Bisakah AKU? ye, bisakah aku ingin bersama mereka di Taman Firdausnya

Apabila sahabat dalam kesusahan, aku terdetik rasa gembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku terdetik rasa dengki..
Apabila sahabat dalam kesedihan, aku bergembira..
Apabila sahabat dalam kegembiraan, aku tidak raikan..

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 
(Hadis riwayat Muslim).

atau mungkin masih belum sempurna imanku ini..

aku masih belum mengasihani mereka seperti aku mengsihi diri aku sendiri,
aku masih belum mendoakan mereka seperti aku mendoakan untuk diri aku sendiri 
 
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazalii

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

wah, tidak akan ditolak
malah, malaikat turut mendoakan kita..
tiada siapa yang rugi
kedua-dua nya akan beruntung
inilah yang dikatakan
bersahabat sampai syurga..
 in shaa Allah 
dengan izinNya :)


  moga kita bertemu lagi di Taman syurganNya kelak
sayang sek mg, rindu sek mg
kerana Allah..
my beloved gfotim..

  
"Doakan aku,"  Asid meminta. Kalaulah dia larat bangun, tidak akan dia berlengah mengikuti mereka. 
"Sejak bila aku pernah lupa doakan kau?"  Irfan meninggalkan Asid dengan senyuman. Asid tersenyum sendirian. (Petikan dr novel Sinergi, Hilal Asyraf) 

p/s: cerita ni pasal sahabat sangat bez..
   

Saturday, December 1, 2012

Bidadari


Ada seorang hamba Allah post ayat2 ni di fb nyer :

[56] Di dalam syurga itu ada Bidadari-Bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya

[58] Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan

[70] Di dalam syurga-syurga itu ada Bidadari-Bidadari yang baik-baik dan jelita

[72] Ia Bidadari-Bidadari yang hanya tinggal tetap masing-masing

[74] Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin

'TAKBIR', tetiba salah seorang daripada kami melaungkannya. Yang lain pula menyambutnya.

Kami tergelak-gelak. Bukan main semangat sahabat kami itu. Ditanya kenapa. Jawabnya, mestilah semangat sebab nak dapat cinta sejati di syurga. Dah tak pandang dah muslimat-muslimat kat dunia ini. Haha


wah, tersentap dengan gelagat mereka itu.. tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan, sememangnya Allah sudah menjanjikannya untuk mereka disyurga nanti.. 
saya jeles dengan bidadari-bidadari itu, itu memang tidak boleh dinafikan.. 
terautomatiknyer tangan ku mencapai buku ini, untuk memujuk diri.. 
tunggulah kau bidadari, kau akan mencemburui diriku nanti..haha


credit

 

Tuesday, November 20, 2012

tangan kanan atau tangan kiri?

Terserempak dengan ayat-ayat cinta ini.. 
adakah aku seorang penerima dengan tangan kanan atau tangan kiri.. 
jika difikirkan sangat sedikit amalanku..

Ya Allah, aku tidak layak untuk syurgaMu
namun aku tidak sanggup masuk api nerakaMu
ampunkanlah dosa2 ku
terimalah amalan2 ku
amin..

SAAT BERHISAB
[19]Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
   
[20]“Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”

[21]
Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -


[22]
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -


[23]
Buah-buahannya dekat untuk dipetik.


[24]
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!”


[25]Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku,-

[26]“Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.


[27]
“Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -


[28]
“Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -


[29]
Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku”.


[30]
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,


[31]
“Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -


[32]
“Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!


[33]
“Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,


[34]
“Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.


[35]
“Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -


[36]
“Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,


[37]“Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah”.
 (Surah Al-Haqqah : 19-37)

moga kita semua salah seorang penerima buku amalan dengan tangan kanan..
amin..


Pak latip..


Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid berkata “Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati”. Moga dengan membaca novel2 sejarah ini akan menguatkan hati pembacanya..




yeah, ini dia 22 koleksi buku pak latip aku dan acik
ni gambar untuk masuk peraduan anjuran pak latip
kalau ada rezeki dapat pergi umrah
insyaAllah
amin
sini syarat peraduan ni, jom2
ini yang ak punyer hehe


Tuesday, October 2, 2012

Buku oh buku..


rak buku bilik 3.4, mahallah maimunah, UIA Kuantan

Buku oh buku,
aku ingin bercinta dengan mu,
mungkin ini saja kiranya untuk aku elakkan
terlalu mencinta pada yang lain,
hiburan, duit, movie, manusia, kemewahan,
 cinta pada duniawi, cinta yang melalaikan..

Buku oh buku,
akanku habiskan duit untukumu,
akanku luangkan masa banyak bersamamu,
akanku memikirkan dan amalkan sentiasa isimu,
agar dengan cintanya aku kepadamu,
membuatkan aku lebih mencinta Pencipta segala cinta..

Buku oh buku, 
sudilah kau menerima lamaran cintaku ini..



jom manfaatkan sepenuhnya baucer buku 1malaysia dari bajet 2013 dengan membeli buku-buku yang bermanfaat, agar kita tidak tergolong dari kalangan orang yang membazir.. baru selesai membaca komen Inche gabbana tentang bajet 2013, agak mendapat pencerahan disitu..

Friday, September 14, 2012

cinta kerana apa?



 Mencintai seseorang memerlukan sebab yang kukuh. harta, pangkat, paras rupa, nama, kasihan, kesepian, desakan.

Kata Ibnul Qayyim, "Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."

Hanya cinta kerana Allah sahajalah yang tidak lenyap dan kekal selamanya.

Aku ingin mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu hilanglah cintaku padamu. (novel pemilik cintakuselepasAllahdanrasul)

Ya, cintailah si dia kerana agamanya, kerana dengan agamanya membuatkan kita lebih mencintai Pencipta kita.

Tuesday, August 28, 2012

.......

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik...
didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu.
Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 'siapa kita' ketika melihatnya!

Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan.

-Pahrol Mohamad Juoi-



Tuesday, July 31, 2012

Dunia or akhirat??


 

Sempena ramadhan ni, nk jgk pecut buat amalan-amalan kebaikan . . sebab pada bulan ni, Allah buka pintu seluas-luas nya ke syurga . . kata ustaz Dr Abdul Basit dalam ni, luasnya pintu syurga kalau nk di ibaratkan dengan lebuhraya, lebuhraya yang 4 line tuh . . luasnya jalan ke syurga dibuka . . Oleh itu, tak kan nk gerak perlahan jer, mesti lah  nak pecut selaju-laju nya . . 140km/j or 160 km/j kalau boleh sampai terbalik meter . .

Dalam pecutan yang cuba aku usahakan ni, tetiba tersangkut dengan surat cinta Nya ini . .

Hai orang-orang yang beriman,
apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu,
"Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah"
kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti di akhirat?
padahal keni'matan hidup di dunia ini dibandingkan dengan 
kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
[Al-Taubah : 38]


huh, ayat ni sememang nya terkena batang hidung lah, tetiba tanpa sedar air mata bergelinang . . sedih dengan diri sendiri, terasa nak dihantuk2 kepala ke dinding dek terasa geram dengan diri sendiri yang terlalu rasa selesa dengan kehidupan sekarang, sampai tak nak rasa susah sikit pon dalam membuat amal kebaikan . .

Walaupun ayat ni diturunkan perintah untuk turun berperang semasa Perang Tabuk, iaitu perang yang mana tempatnya sangat jauh dan musim yang sangat selesa berada dirumah . . Allah telah menurunkan ayat ini kepada beberapa orang sahabat Nabi yang enggan turut berperang kerana best nye berada di rumah bersama keluarga tercinta di musim sebegitu dan kerana tempatnya agak jauh . . dengan ayat ini kita boleh mengambil pengajaran . .

APAKAH KAMU SUDAH PUAS DENGAN KEHIDUPAN DI DUNIA SEBAGAI GANTI DI AKHIRAT?? 

Ye, adakah aku sudah puas dengan kehidupan dunia ni sampai tak nak berusaha masuk syurga?? . . padahal kat syurga tu jauh lagi best sampai tak dapat nk dibayangkan tahap ke'best'sannya . . so, kita tak sepatutnya berasa berat nak melawan nafsu, nafsu makan, tido, tengok tv dan segala nafsu2 yang melalaikan kita kepada Allah . . kerana melawan nafsu juga adalah salah satu JIHAD . .

Pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, jom kita sama2 berperang habis habisan menggunakan segala senjata2 dan teknik2 yang ada untuk melawan nafsu dalam mengejar syurga yang kekal abadi . . janganlah kita menjadi seorang yang sudah selesa dengan kehidupan di dunia sehingga terasa berat untuk mengejar syurga Nya . .

jom jadikan Ramadhan tahun ini, ramadhan yang terbaik dari sebelumnya . . insyaAllah . .

Aku bersaksi tiada tuhan selainMu ya Allah
aku mohon keampunan dariMu ya Allah
aku mohon dariMu syurga
dan aku mohon dariMu jauh dari apu neraka
aminnn . .

p/s: jom sahut cabaran ramadhan 1433H APG, bukan keran inche gabanna tp kerana ingin memburu redhaNya :)

Sunday, July 1, 2012

Sepanyol . .

Yeeeeeeah!!
Italy 0 - 4 Spain
Sejarah Tercipta di Final EURO
Terbanyak jaringan goal dalam final yang pernah diadakan
Congrate Spain . .


 tetibe minat mamat nih (David Silva)


dan congrate kpd penyokong2 nya..

salah seorang penyokong Sepanyol yang ak tau,
ialah Pak Latip,
kenapa Pak Latip sokong Sepanyol??
sbb Pak Latip br balik dari Sepanyol . . hee
kelako betul Pak Latip ni ..




Sebut pasal Sepanyol teringat pada Panglima Tariq bin Ziyad,
Seorang Panglima yang berjaya menawan Sepanyol (Andalusia)
dari pemerintahan raja Roderiga berbangsa Gotik yang sangat kejam . .
Sejak dari itu islam telah menyinari bumi Sepanyol dan sekitarnya . .
Islam berkuasa di bumi Sepanyol selama 800 tahun . .

Pada 21 Muharram 897 Hijrah,
termeterai perjanjian penyerahan kerajaan kepada Raja Kristian,
Ferdinand dan Isabella . .
Pengusiran dan penghapusan umat islam dilakukan secara
besar-besaran sehingga tiada seorang pon umat islam berada
di bumi Sepanyol . .

salah satu faktor kejatuhan islam di Sepanyol ialah
sikap pemuda pemudi yang terlalu asyik
dengan keseronakan duniawi . .
so, ayuh lah kita mengambil pengajaran dari sejarah . .
jadilah pemuda pemudi yang teguh imannya . .
krn pemuda pemudi berperanan penting dlm sesebuah negara . . 

semoga islam dapat menyinari kembali bumi Sepanyol . .


p/s : teringat kat geng2 skolah dulu, nak tgk EURO sampai mintak ngan warden (ustaz Rosli) . . lawak giler . .

ungkit mengungkit jasa baik . .


“Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:

“Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri.”


Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.


Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud “Kuasa Rakyat”. Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.


Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.


Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.


Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.
Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.


Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.
———————————————————-
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.

Hilal Asyraf 

Saturday, June 16, 2012

SAHABAT

      
        "Doakan aku,"  Asid meminta. Kalaulah dia larat bangun, tidak akan dia berlengah mengikuti mereka.
        "Sejak bila aku pernah lupa doakan kau?"  Irfan meninggalkan Asid dengan senyuman
        Asid tersenyum sendirian.
 (Petikan dr novel Sinergi, Hilal Asyraf)


Manis dan indahnya bersahabat keranaNya . .
persahabatan yang berlandaskan keimanan . .
saling doa mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain . . 

kepada sahabat2 ku di luar sana,
semoga hidup kalian diberkati n dirahmati oleh Nya . .
kerana itu adalah matlamat hidup kita,
hidup yang diberkati oleh Nya . .

terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya . .
semoga kita bersahabat sampai ke syurga . .
inshaAllah, amin




Thursday, June 14, 2012

comfort z0ne..


sibuk tgk euro, sambil minum air teh cicah biskut sampai 4 5 pagi,

saudara2 islam kita yang lain sibuk berperang nak pertahankan maruah islam, nak tegakkan islam . .

Palestin, Syiria, baru2 ni muslim di Myammar

adakah kita beruntung, hidup dalam keadaan yang sangat selesa, aman damai? xde bom sana sini, bebas nak keluar mana2, x de orang nak bakar rumah kita, x de orang nak halau kita . .

adakah kita beruntung dengan kehidupan zon selesa kita ini, sehingga kekadang membuat kita terlalai, terlupa tujuan hidip kita ini . .

mereka kalau mati dalam keadaan nak tegakkan islam, sah2 mati syahid . . kita kalau mati sambil tengok euro, main game, tgk movie, matilah kita dalam keadaan tak beriman . . nauzubillah mintak jauh . .

so, siapa lagi beruntung??  jgn lah sia2 kan masa kita . .




Sunday, May 20, 2012

jom amalkan..



Janji, jangan jadi musuh saya ok..


Janji,
kita kawan sampai bila2,
sampai mapuh, 
sampai akhir hayat,
sampai syurga . .


kita sering meungkapkan janji2 seperti ini kepada rakan2 kita, tetapi kita lupa nak planning, macam mana nak kekalkan sesebuah persahabatan itu . .  nak kekalkan sampai ke syurga . .


Allah befirman,
 

"teman-teman akrab pada hari itu sebahagianya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa"(Surah Az-Zukhruf : 67)



Seakrab mana pun kita berkawan, kalau kita tak bertaqwa kepada Allah, sahabat baik itu tak akan kenal kita, malah akan jadi musuh kita kelak. . inikah yang dikatakan persahabatan? untuk apakah kita bersahabat selama ini? kalau suatu hari kelak kita akan saling bermusuhan . . 


TAQWA, walaupun istilah ini selalu disebut, tetapi ramai orang yang tidak memahami maksud sebenar taqwa . .


Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat". -copy i luv islam- atau rasa takut, gerun pada Allah, perasaan yg sangat berhati2 dalam melakukan sesuatu perkara  . .


so, cara nak kekalkan persahabatan kita, kita kena berusaha menjadi seorang yang bertaqwa . . bagaimana pula nak jadi seorang yang betaqwa? disini ingin saya kongsikan satu tazkirah subuh, cara untuk menjadi seorang yang bertaqwa, inshaAllah . .


1. MU'AHADAH ~ ingat perjanjian yang telah kita buat semasm alam roh. (Al-A'raf :172) . semasa alam roh kita telah berjanji yang Allah adalah tuhan kita . . dan kita ini hanyalah makhluk ciptaannya . . so, kenalah buat apa yg disuruh. mungkir janji namanya kalau kita tak buat. .

2. MUSYARATHAH ~ memenuhi segala syarat2  yang harus dipenuhi dalam segala hal. ingat, sesunguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya. (Al-Israa : 36)

3. MUROQOBAH ~merasakan adanya pengawasan Allah walaupun dimana kita berada. (Al-Hadid :4)

4. MUHASABAH ~ menghisab dan menghitung diri ketika, semasa dan selepas melakukan sesuatu. (Al -Hasyr :18)

5. MU'AQOBAH ~ mendenda diri sendiri ketika lalai atau melakukan dosa dengan melakukan kebaikan yang lain.  
"Dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik niscaya akan menghapuskan kejelekan tersebut" (HR tarmizi)
 Kalau kita tak rasa nk denda diri kita dengan buat benda baik selepas melakukan kesalahan, bermakna kita selesa dengan dosa yang kita lakukan.

6. MU'ATABAH ~ mengherdik dan mencela diri kerana banyaknya melakukan dosa, rasa bersalah dengan dosa2 yang telahdilakukan.

7. MUJAHADAH ~ mengerahkan segala kemampuan dan potensi diri untuk beribadah kepada Allah. kita tak tahu maksimum potensi diri kita sebenarnya, so just do it. Kalau kita beriya2 nak berbuat baik, nak mencari keredhaan Allah, Allah akan bagi, Allah akan tunjukkan jalan kepada kita. (Al-Ankabut : 69)


Dengan ini, inshaAllah kelak kita tak akan menjadi musuh, malah boleh hidup bersama2 disyurgaNya . . so, janji jangan jadi musuh saya ya nanti . .hee,  amin . .





~entri ini khas saya tujukan kepada sahabat2 saya dari tadika kemas, sk bunut susu, smka naim lilbanat, cfs  pj n uia kuantan . . sekadar perkongsian dari hamaba Allah yg hina ini . . jom sama2 kita berusaha menjadi seorang yang bertaqwa kapadaNya . . hoyeahhh!!