Sunday, February 3, 2013

03.02.2013


Temanku, 
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dariNya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah beharga.
     Petikan novel Tautan Hati - Fatmah Syarha


Cuti dah habis, result pon dah keluar dan esok mulakan azam baru sebagai seorang pelajar yang pasti hanya ingin mengejar redhaNya walau apa jua aku lakukan.

Aku bersyukur dan redha kepadaNya dengan result yang diperoleh. Walaupun tak lah sehebat rakan ku yang lain, namun ku tahu ini yang terbaik untukku. Mungkin Allah ingin mengujiku lantas mengangkat darjatku atau mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan dan dengan cara ini dosaku terhapus atau mungkin sememangnya aku yang sedikit berusaha, namun yang ku harapkan walaupun sedikit Allah memberkatiNya. yang penting berusaha dan terus berusaha, bukan sekadar ingin kan yang terbaik tp yang lebih penting ialah mengejar radhaNya..


~tengs to acik sbb promote novel Tautan Hati, like sejuta kali ^^

No comments:

Post a Comment