Monday, February 18, 2013

Taubat

manusia,
iman naik dan turun
tak seperti malaikat
statik, tak naik, tak turun
kerana itu manusia tak lari dari dosa

Al-Baqarah, 222
"..Sesungguhnya Allah itu
amat mencintai mereka
 yang sering bertaubat
dan membersihkan diri.."

dalam ayat ni
Allah guna perkataan 'tawwab'
bukan 'taaib'

Tawwab ~ mereka yg mengulang-
ulang taubatnya
Taaib ~ mereka yg bertaubat

Allah cinta orang yg sering bertaubat
taubatnya berkali kali
buat dosa, taubat
buat lagi taubat lagi
lagi lagi dan lagi
dan yang penting
berusaha tingkatkan diri
walau tersungkur banyak kali

jangan berputus asa
kerana berputus asa itu
kaum yang kafir
Yusuf : 87


nak jadi baik bukan senang
sebab ganjarannya syurga
dan syurga mahal harganya

tapi, adakah bermakna
kita boleh melakukan dosa?
menjangkakan esok masih ada
untuk bertaubat
jika esok sudah tiada
matilah kita dalam keadaan
tak beriman..

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan kebaikan
dan janganlah akhiri hidup kami dengan keburukan

No comments:

Post a Comment