Jika dibandingkan aku dan meraka, mereka lah yang lagi beruntung. Jika ditakdirkan kami dijemput Allah, pasti tiada secalit pon dosa pada mereka, tapi aku? ntah sebanyak mana dosa-dosaku..
Selama seminggu aku disini, mereka banyak mengajar aku, mengajar apa itu kesabaran.
Dengan jumlah mereka yang agak ramai, dan pelbagai ragam, sebenarnya aku seronok dan terhibur bersama mereka
Walaupun kadang-kadang mereka menguji kesabaran aku, namun aku sedar itu satu proses pembelajaran bagi mereka, dan tugas aku memberi kefahaman sebaik mungkin kepada mereka
Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya. Besarnya tanggungjawap ibu dan ayah itu, sudahkah aku bersedia untuk itu?
Apa yang penting aku perlu mendidik dulu diri ini jadi yang terbaik, agar suatu hari nanti aku dapat menjadi contoh yang terbaik untuk mereka
20-25 Januari 2013 di Dzul Iman.
No comments:
Post a Comment