Sunday, October 27, 2013

#random




dari insan yg aku syg..
hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sayang padaya..

kalo sayang buktinya? kalo cinta buktinya?

Wednesday, October 23, 2013

CINTA


copy paste langit ilahi punyer sepenuhnya, sebab comel..



Poster: Cinta

“Cinta tak akan bertahan jika dibina atas sebab luaran semata…”

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.” (59:14)

“…tapi ia akan kekal jika hati bersatu atas jalan yang lurus.”

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (3:103)
~ok hari ni byk plak baca tentang cinta..

Wednesday, October 9, 2013

~IM~



Islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu.
walaubagaimana dasyatnya ummat islam ditindas pada hari ini
tapi, suatu hari nanti islam akan kembali tertegak, itu janjiNya.
sama ada kita hanya menunggu islam itu akan menang
atau kita turut serta untuk kebangkitan islam itu, itu pilihan kita..
dan dua golongan ini ada bezanya..


"Islam akan menang, dengan atau tanpa (kontribusi) dari kalian, namun kalian tanpa islam, pasti akan rugi dan hilang tanpa bekas"

 -ucapan Syaikh Ahmad Deedat-
 (samirmusa/arrahmah.com)


mulakan dengan mantapkan diri menjadi induvidu muslim (IM) yang pekat nilanya
so apabila dicampak ke hujung dunia sekalipun, nilanya dapat dirasai oleh ramai orang..
oleh itu kefahaman islam akan berkembang, berkembang dan terus berkembang..
sehingga lah ke ustaziatul alam, insyaAllah..
jika bukan sekarang mungkin 10,20 or 50 tahun akan datang..
yang penting berusaha untuk itu.
walaupun usahanya hanya sedikit seperti burung yang cuba memadamkan api nabi Ibrahim
tetapi,ia tetap dikira olehNya, so just do it..
kan salah satu penciptaan kita adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ni..


22 tahun, semua orang bercerita pasal step 2,
tp step 1 tak btol lagi
berangan nak naik step 2..
memang tak lagi la kan
ape pun, total, hundred percent aku serahkan padaNya
usaha aku untuk cuba menjadi IM yang terbaik
kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (An-Nur-26)
~berusaha untuk menjadi bukan mencari~
*kalo nk cari pon bila da betul2 nk kawen, hehe

Monday, October 7, 2013

random#


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya" (50:16)


kita sangka keluarga orang yang paling dekat dengan kita
kita sangka sahabat orang yang paling dekat dengan kita
kita sangka bf/gf orang yang paling dekat kita
tapi kita lupa Dia lebih dekat dari semua itu
hatta lebih dekat dari urat leher kita sendiri..

Friday, September 27, 2013

#random


dah tau akan menyesal buat bnda tu
tp buat jugak..

sama seperti,

dah tau ada harimau dlm hutan tu
tp masuk jugak hutan tu..

itu, mmg cari nahas..







Friday, April 26, 2013

' 0 '

mandi tak basah,
makan tak kenyang,
tidur tak lena,
adakah ini semua tanda nya cinta?
tidak, tidak sama sekali
kerana cinta itu
sifatnya menenangkan..

Ia hadir apabila ruang itu tidak di isi
dan akan terus kosong selagi tidak di isi
dengan yang selayaknya
ruang itu adalah khas untuk Allah
iaitu kepatuhan, ketaatan, serta
kebergantungan kita kepadaNya
 
 

Tuesday, April 16, 2013

muhasabah diri





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”(Al-Israk:44)

Sahabatku, jika kita lihat ke langit, di situ kita akan temui bulan dan matahari, mereka tanpa membantah, mengikut arahan Allah untuk sentiasa bergerak di dalam orbitnya. Cuba kita lihat pula disekeliling kita, pada pokok2, pepasir di pantai, dengar deruan air yang berombak, angin yg sepoi2 bertiup. Tanpa membantah juga, mereka mengikut arahan Allah. Masing2 punya fungsi dan karakternya. Meraka semua, setiap saat, setiap detik, sentiasa bertasbih, memuji kebesaran Allah.Tetapi kita(3x)! Kita manusia yang digelar sebaik2 makhluk, sering terlupa, terlalai dengan tipu daya dunia. Sering terlupa yang kita juga mempunyai tanggungjawab diatas dunia ini.

 Lupakah kita, yang kehidupan dunia ini hanyalah persinggahan. Hanyalah sementara. Mati itu pasti. Bagaimana kita yakin dapat hidup 10 tahun lagi? Bagaimana kita yakin hari esok masih milik kita? Bagaimana kita yakin beberapa saat lagi kita masih bernyawa? Entah  esok, lusa, atau beberapa saat lagi, nyawa kita akan terpisah dari jasad. Pada saat itu, sudahkah kita tunaikan tanggungjawab kita, tanggungjawab kita untuk beribadah kepada Allah dan sebagai seorang khalifah diatas muka bumi ini. Beribadah dan khalifah, itu lah tanggungjawab kita di atas dunia ini. Sama seperti makhluk lain, kita juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dipatuhi. Lupakah kita?

Semalam kita masih hidup. Hari ini, kita masih diizinkan bangun daripada tidur. Sedangkan kita belum memohon ampun atas dosa-dosa semalam, malahan masih lagi leka menambah dosa-dosa yang sedia ada. Semakin lama, semakin bertimbun.

Kita selalu lalai. Kita selalu lupa. Kita berasa senang dengan kehidupan yang penuh dengan kealpaan ini. Diri ini dibuai indah dengan kehidupan duniawi. Esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih sempat bertaubat. Allah itu Maha Pengampun tidak mengapa sekiranya melakukan dosa. Itulah sangkaan kita.

Sahabat, Sekali lagi kita lupa, yang akan tiba satu hari nanti, Allah pasti melepaskan kemarahanNya, setelah sekian lama Dia memberikan kita peluang keampunan. Hari itu, adalah hari akhirat. Pada hari itu, Allah membalas segala perbuatan manusia, sama ada baik ataupun buruk. Pada hari itu, tidak ada sesiapa pon akan mendapat belas kasihanNya, kecuali yang terpilih sahaja. Pemeriksaan Allah pada hari itu halus dan tajam tanpa ada kelonggaran. Sama ada yang dilahirkan dari dalam hati ataupun yang disembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan.

Bayangkan sahabat,  kita semua akan dikumpulkan. Pada saat itu, kita keseorangan diri, tanpa rakan2, ibu atau  ayah yang dapat menolong kita. Allah berfirman “dan diletakkan setiap dari kita satu kitab, lalu berkatalah org2 yang bersalah, ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, aduhai celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya” (Al-kahfi:49)

Diwaktu itu mungkin anda akan terfikir. Arrghhh!!!!!

Kenapalah aku tidak menjaga solatku, kenapalah aku selalu melambatkan solatku, kenapalah aku tidak khusyuk dalam solatku, kenapalah aku banyak membelanjakan wang ku kepada benda yang tidak berfaedah dari membelanjakan ke jalan Allah. Kenapalah banyak masaku dihabiskan dengan benda yang sia-sia dari masa bersama Allah. Kenapalah banyak percakapanku tentang dunia dari akhirat. Kenapalah banyak perkataanku tentang perkara-perkara yang lalai dari bercakap tentang kebesaranMu. Kenapalah fikiranku sesak memikirkan makhlukMu yang bergelar manusia daripada memikirkan kebesaranMU. Kenapalah aku lalai dengan cinta manusia sehingga aku lupa akan cintaMU. Kenapalah aku asyik memikirkan fesyen2 terkini daripada menutup auratku. Kenapalah aku tidak menjaga akhlakku sehingga islam terfitnah keranaku. Kenapalah malam-malam ku dihiasi benda lagha daripada bertasbih  memuji kepadaMU. Kenapa, kenapa, kenapa aku lupa semua ini!!!

 Pada saat itu, amalan apakah yang dapat kita banggakan depan Allah? Sekiranya tiada satu pun, habis bagaimana nasib kita?  Syurga atau neraka??  Argghhh!! Aku ingin pulang kedunia…

Dalam surah Al-mukminun. “orang yang derhaka , lepas mati akan sangat menyesal. Mereka merayu minta pada Allah untuk dihidupkan semula ke dunia, agar dapat beramal soleh dan berbuat baik. Allah pun tegas berkata, jgn mimpilah! kalian akan kekal disini sampai bila-bila. Tinggallah dengan hina didalamnya dan janganlah kau berbicara dengan Aku”

Disaat ini, penyesalan tidak akan memberi apa-apa makna kepada kita.

Cuba kita berfikir sejenak. Bilakah kali terakhir kita menagis kerana takut padaNya? Bilakah kali terakhir kita menangis kerana memikirkan betapa banyaknya dosa kita?

Wahai sahabat ku, marilah kita sama-sama kembali kepada Allah, marilah sama sama kita mohon keampunannya. Belum tiba masanya lagi kah untuk kita berubah kearah yang lebih baik. Kearah yang Allah redhai. Umur kita sudah menjangkau 22 tahun. Dalam 22 tahun ni rasanya amalan apa yang telah Allah terima. Rasa-rasanya banyak amalan baik atau buruk. Setiap dari kita tahu hakikat keadaan iman masing-masing. Persoalannya, sama ada kita ambil kisah atau tidak dengan keadaan iman kita. Sama ada kita mahu berubah atau tidak, semuanya di tangan kita. Sementara Allah masih pinjamkan kita nyawa ini, marilah kita sama-sama berubah. Jangan sampai terlambat. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Tidak teringinkah kita kekal hidup di dalam syurgaNya? Selama-lamanya….. Itulah nikmat yang terbesar. Semoga Allah bantu kita untuk berubah. Semoga Allah campakkan kefahaman kedalam hati kita. Dan yang paling penting semoga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah dan kekal didalamnya.

 “Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik”(al-Hadid,57:16)

Maaf jika penyampaian yang disampaikan ini tidak sampai ke hati kalian. Mungkin kerana dosa2 ku yang banyak, atau mungkin juga, dosa2 kalian, sehingga ia menghalang untuk sampai ke hati. Marilah sama-sama kita beristgfar. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, baik yang kita sedar atau tidak, baik yang kita sengajakan atau tidak. Moga bersahabat nya kita disini bersahabat lagi kita disana..


#Permudahkanlah urusan kami Ya Allah, lembutkanlah hati-hati ini agar sentiasa tunduk kepadaMu
#Terimalah usaha kecil kami ini, kami hanya ingin menyelematkan diri kami dari azabMu..

Friday, April 12, 2013

Saya sudah semak


Dengan ini tarikh pilihan raya ke-13 jatuh pada 5 Mei 2013

yeay!!! jom mengundi, yuhuuu..
tarikh mengundi pon dah umum
jom2, cepat2 cari tiket, huhu

eh excited plak nak mengundi ni
padahal bukan sebab nak mengundi sgt
tapi sebab nak balik kampung,
n maybe ada dapat duit,
duit claim tiket, hik3
n benda ni 5 tahun sekali jer
n n n n rase sedikit dewasa lah,
sbb da boleh memangkah, ahaks :P

tp, hakikatnya
mengundi ni bukan benda main2 kot
fikir2 balik, takut plak
ini satu tanggungjawap yg besar..
hmmm, so x boleh main pangkah jer
kena ada sedikit usaha
utk pilih yg terbaik
cuba kaji kedua2 belah pihak
pilihlah yang terbaik
dan juga jgn lupa mntak petunjuk Allah

moga dgn usaha yg sedikit itu
dapat menegakkan islam di muka bumi
walaupun kita tidak tahu
adakah betul parti yg kita pilih itu betul
dapat tegakkan islam
atleast kita berUSAHA untuk pilih yg terbaik

bukan main pangkah jer
bukan sbb mak ayah kita pangkah yg tu
kita pon pangkah yg tu
bukan sbb kat kg kita byk bendera tu
kita pilih yg tu
n so on lah
kaji, nilai, n pilihlah yg terbaik, hee

saya sudah semak, dan saya pilih mengundi, anda bagaimana?
selamat mengundi :)

Thursday, March 7, 2013

malulah pada mereka


"Langit yang tujuh dan bumi serta semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu apa pun melainkan semuanya bertasbih memuji-mujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka" (Al-Israk 17: 44)

Semua makhlukNya diantara langit dan bumi sentiasa mengingatiNya, tetapi kita sebagai sebaik baik ciptaan Allah sering terlalai. Malu pada yang tak berakal sentiasa memujiNya, kita yang berakal leka dengan permainan duniawi.


credit

Merpati berkokok merdu pada malam sunyi
Di atas dahan pada dinihari sepi
Sedang aku mendengkur tidur diuliti mimpi
Bukan abid mengasyik Ilahi
Hanya pembohong menipu diri.
Rintihan merpati mendahuluiku memecah sunyi
Aku mendabik dada mendakwa mencurah kasih
Kepada Ilahi merayu merintih
Tetapi tiada air mata mengalir menangisi
Sedang haiwan menangis mengenang Ilahi.
(Aiyyuhal Waladul-Muhibb)


Betul lah kata sahabatku, manusia sering bercakap tentang Allah, tetapi terlupa untuk bercakap dengan Allah.

Monday, February 18, 2013

Taubat

manusia,
iman naik dan turun
tak seperti malaikat
statik, tak naik, tak turun
kerana itu manusia tak lari dari dosa

Al-Baqarah, 222
"..Sesungguhnya Allah itu
amat mencintai mereka
 yang sering bertaubat
dan membersihkan diri.."

dalam ayat ni
Allah guna perkataan 'tawwab'
bukan 'taaib'

Tawwab ~ mereka yg mengulang-
ulang taubatnya
Taaib ~ mereka yg bertaubat

Allah cinta orang yg sering bertaubat
taubatnya berkali kali
buat dosa, taubat
buat lagi taubat lagi
lagi lagi dan lagi
dan yang penting
berusaha tingkatkan diri
walau tersungkur banyak kali

jangan berputus asa
kerana berputus asa itu
kaum yang kafir
Yusuf : 87


nak jadi baik bukan senang
sebab ganjarannya syurga
dan syurga mahal harganya

tapi, adakah bermakna
kita boleh melakukan dosa?
menjangkakan esok masih ada
untuk bertaubat
jika esok sudah tiada
matilah kita dalam keadaan
tak beriman..

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan kebaikan
dan janganlah akhiri hidup kami dengan keburukan

Monday, February 4, 2013

Pelemah iman



Novel Tautan Hati ~ Fatimah Syarha

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tarmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)

adakah kita mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?


kanak-kanak riang


Jika dibandingkan aku dan meraka, mereka lah yang lagi beruntung. Jika ditakdirkan kami dijemput Allah, pasti tiada secalit pon dosa pada mereka, tapi aku? ntah sebanyak mana dosa-dosaku..



Selama seminggu aku disini, mereka banyak mengajar aku, mengajar apa itu kesabaran. 



Dengan jumlah mereka yang agak ramai, dan pelbagai ragam, sebenarnya aku seronok dan terhibur bersama mereka



Walaupun kadang-kadang mereka menguji kesabaran aku, namun aku sedar itu satu proses pembelajaran bagi mereka, dan tugas aku memberi kefahaman sebaik mungkin kepada mereka



Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya. Besarnya tanggungjawap ibu dan ayah itu, sudahkah aku bersedia untuk itu?



Apa yang penting aku perlu mendidik dulu diri ini jadi yang terbaik, agar suatu hari nanti aku dapat menjadi contoh yang terbaik untuk mereka



20-25 Januari 2013 di Dzul Iman.

Sunday, February 3, 2013

03.02.2013


Temanku, 
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dariNya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah beharga.
     Petikan novel Tautan Hati - Fatmah Syarha


Cuti dah habis, result pon dah keluar dan esok mulakan azam baru sebagai seorang pelajar yang pasti hanya ingin mengejar redhaNya walau apa jua aku lakukan.

Aku bersyukur dan redha kepadaNya dengan result yang diperoleh. Walaupun tak lah sehebat rakan ku yang lain, namun ku tahu ini yang terbaik untukku. Mungkin Allah ingin mengujiku lantas mengangkat darjatku atau mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan dan dengan cara ini dosaku terhapus atau mungkin sememangnya aku yang sedikit berusaha, namun yang ku harapkan walaupun sedikit Allah memberkatiNya. yang penting berusaha dan terus berusaha, bukan sekadar ingin kan yang terbaik tp yang lebih penting ialah mengejar radhaNya..


~tengs to acik sbb promote novel Tautan Hati, like sejuta kali ^^

Tuesday, January 1, 2013

pertandingan video osem APG


Alhamdulilah, akhirnya selesai sudah
aku dan rakan-rakan menyiapkan video ini

tahniah kepada 
Nur Izzati Ilmiah
orang yang banyak berjasa dalam menyiapkan video ini
dan juga
Nur Hafizah
Nur Mastura
Nur Adilah

Semoga dengan usaha yang sedikit ini
Allah memandang mulia terhadap kita
amin :)



selamat menonton dan jangan lupa like.. hee