Friday, December 30, 2011

JanjiNya





Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)


yeah!! I'm muslim

   Pada suatu pagi Khalid Al-Walid menyuruh org ramai brkumpul dihadapan Kaabah. Dan pagi itu sebelum matahari terbit, orang ramai sudah berkumpul di hadapan Kaabah menunggu kedatangan seorang lelaki yang mereka sanjungi.  Masing-masing seolah-olah tidak sabar menanti kehadirannya.


"Wahai Khalid Al-Walid, apakah tujuan kamu menyuruh kami berkumpul di depan kaabah ini? Katakanlah cepat agar kami dapat mendengarnya," kata Safwan seolah2 tidak sabar mahu mengetahuinya.


Khalid Al-Walid tidak segera menjawap, matanya menjeling ke arah berhala2 yg terdapat di keliling kaabah. Soroton matanya penuh dengan kebenciaan. Orang ramai berasa hairan dengan gelagat pahlawan terbilang itu.


"Dengarlah pengakuan saya ini," Kata Khalid Al-Walid dengan suara yg lantang.


Suara orang ramai yg tadinya bagaikan bunyi lebah kini senyap tiba2. Masing2 menumpukan pendengaran serta perhatian kepada Khalid Al-Walid yg berdiri gagah didepan Kaabah.


"Mulai hari ini dan pagi yg bertuah ini, saya mengaku Muhammad itu Pesuruh Allah dan agama yg dibawanya benar!" Khalid Al-Walid berkata dengan suara yg lantang. Percakapannya didengar oleh orang dengan jelas.


Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Orang ramai marah apabila mendengar kata2 Khalid Al-Walid itu.


"Saya adalah pahlawan yg dilahirkan sebagai pejuang. Saya dididik supaya berani berterus terang sejak kecil lagi. Saya mahu saudara-saudara sekalian tahu yg saya sekarang sudah menjadi pengikut Muhammad," Kata Khalid Al-Walid lagi.


"Apa yang kamu dapat apabila menjadi pengikut Muhammad?" tanya Abu Sufian sambil bercekak pinggang.


"Muhammad itu miskin dan menjadi yatim piatu sejak kecil manakala kamu seorang hartawan. Apabila ayah kamu meninggal dunia, kamu mewarisi harta kekayaannya. Kamu ada ladang buah-buahan yg amat luas, memiliki beribu-ribu ekot unta dan kuda serta beratus-ratus orang hamba. Selain itu apa lagi yg kamu mahu?" Abu Sufian menyambung kata-katanya.


"Walaupun ayahku kaya, semua harta kekayaannya itu ditinggalkan selepas dia meninggal dunia. semua itu tidak dapat menyelamatkannya daripada kematian. Saya yakin Muhammad sahaja yg dapat menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akirat" jawap Khalid Al-Walid.


"Kamu sudah terkena sihir Muhammad dan aku sanggup carikan dukun yang handal bagi mengubati kamu," teriak Abu Sufian sambil memukul dadanya dengan tangan sebagai tanda marah yang amat sangat.


"Saya sudah lama yakin apa yang dibacakan oleh Muhammad dan agama yg dibawanya benar. Tetapi kebenaran itu ditutup oleh hawa nafsu, harta dan pangkat yg ada pada diriku. Mulai hari ini saya ingin melawan hawa nafsu itu. Saya sanggup kehilangan harta dan pangkat demi mencari kebenaran" Balas Khali Al-Walid.


Petikan dr Novel Perang Khaibar dan Khalid Al-Walid ~ Abdul Latip Talib
************************************************************


Jom tukar hobi kita dari yg suka mmbaca novel2 cinta yg membawa kita kepada dunia yg sememangnya tipu dan tidak memberi manfaat kepada novel sejarah yg terdapat roh dan semangat jihad yg akan sentiasa memberi pengajaran, motivasi dan dorongan kepada seorang mujahid untuk berjihad bersungguh2 ke jalanNya walau apa sekalipun cabaran yg bakal dihadapi..yeah!! I'm Proud to be A Muslim..


jom jadikan budaya "Buku ditangan".

Sunday, December 25, 2011

Jeles aku ngan makhluk nih!!


 Jeles  aku ngan makhluk2 jenis ni.. x puas hati r!!!


Bayangkan..


Makhluk-makhluk ni pagi-pagi dah boleh bangun, sempat la nak buat solat tahajud.. tp ak bgn sempat  buat apa?? Sempat buat solat subuh terkejut..


Lepas solat subuh aku tgk makhluk-makhluk ni masih lagi dok atas sejadah mengaji, bc mathurat, zikir n blabla.. tp ak buat apa lepas subuh??  tertido atas sejadah..


Dalam pukul 10 plak dengar makhluk ni keluar bilik g toilet, nak tau makhluk ni  buat apa?? Dia ambil wudu’ nak solat dhuha wei.. tp aku, g toilet gosok gigi,bsh muka baru nak breakfast..


Lps tu, kalo tiap kali dgr jer azan masuk waktu, cepat2 jer makhluk-makhluk ni ambik wudu’ and solat, solat berjemaah plak tu, yg tak tahan lagi siap buat solat sunat der..  Tp aku, lepas jer bagi salam solat zohor dgr orang azan asar, tu pon da nak2 bangga sbb boleh solat asar awal waktu..


Kalo esok  ada kuiz, sempat lagi kot makhluk ni g dgr ceramah2, talk, g usrah..  aku plak, bukak buku la kan, tapi mengadap buku 1minit mengadap muka buku 1 jam.. makhluk ni lps jer blk program steady je mengadap buku berjam2..  


Suatu hari aku try la jgk ikut rutin makhluk ni, tp tak sampai setengah hari dah rasa penat.. pehal diorg bleh maintain jer hari2 buat ek, pehal aku tak boleh.. sebab tu aku sangat jeles sekarang ni.. ape rahsia dia??


Makhluk ~ Anggap lah hari2 yg kita lalui ni, hari yg terakhir buat kita.. I’Allah kita boleh istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.. amin



Thursday, December 22, 2011

surat cinta dr yg tersayang..

Assalamualaikum
hari ni dapat byk surat dr geng2 brainiacs..
brainiacs ni nama batch aku, batch 102 cts,
sempena nk final lagi 2 3 hari ni,
kitorg wajibkan bg surat2 ni kat semua bdk2 batch ni..
so, kitorg bole lah nk mntak maaf kalo b4 ni ada yg tacim2, 
nk wish gud luck ke,
nk bagi teguran membina n mcm2 lg lah..


Already received 55 letters

tengs u olsss, dah bersemangat sikit nk exam ni.. hehe
n dikesempatan ini nk share surat cinta dr slh seorg kawan ak ni
hehe tuan empunya blog ni jomjadibaik




Kehadapan Farah ku sayang, 
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan :
"Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Didalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi denganNya. Oleh itu, kenalilah Allah dan belajarlah untuk mencintaiNya sepenuh hatimu. 



tenkiu hafizah :)

Wednesday, December 21, 2011

Bulatan gembira


Perkataan/Frasa: Bulatan gembira

Cara sebutan: Boo-la-tan Ghem-bi-rrra

Maksud skema: Usrah. Liqa' atau halaqah (secara literalnya bermaksud bulatan) yang dilakukan untuk duduk-duduk dan beriman sebentar. 


Maksud sebenar: Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini. Dengan kata lain, mereka adalah ikhwah/akhawat dai'e yang cukup bergaya. Perkataan ini boleh jadi kata nama, boleh juga digunakan sebagai kata kerja.


Contoh penggunaan I: "Ya Allllaaaahhh! Tolonglah aaakkuuu, Saparudin Ahmad... Tooolllooonnggg. Aku dah lama tak berbulatan gembira ni....! Kosong, kering sangggaatt hati aku sekarang ni...!" Rayu Fakarudin Sulaiman kepada rakan baiknya selepas dua minggu tiga hari tidak berbulatan gembira.

Contoh penggunaan II: Nurazimah Baharuddin berasa sungguh bersyukur lagi berterima kasih kerana walaupon selama ini dia tidak sedar yang dia sebenarnya dibulatangembirakan, kini dia amat menghargai usaha-usaha memerangkapnya suatu ketika dahulu.





"tak bererti kita baik bila berbulatan gembira, tp berbulatan gembira salah satu cara nak jadi baik"


p/s: kat skolah selalu menyorok dalam dorm sbb x nak ke bulatan gembira, tp sekarang tak sabar nk ke bulatan gembira 

Sunday, December 18, 2011

UMUR KU..



Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’


Dengan perkara apakah yg tlh aku habiskan umurku ini??
malu nya aku nk menjawap persoalan itu, 

Ya Allah umurku tlh banyak aku habiskan dengan 
  •  menonton drama-drama korea, melayu, thailand apa shj cerita yg bez sampai 2 3 pagi tak tido,
  • dengar lagu-lagu yg kekadang jer aku faham maksudnya,  sampai boleh buat ulik tido,
  • cakap benda yg sia-sia,  berbual kosong,  lepak ngan kawan2,  kekadang terbuka aib org,
  • fesbuking, usha org tu, usha org ni pastu kutuk2,
  • chating, sms-ing, gayut-ing, smpai tak sedar waktu solat da nk hbs,
  • enjoy situ, enjoy sini sampai hbs duit ummi abah melayang..


padahal dalam surat cinta yg Kau bagi, sudah jelas tujuan Kau menciptakan aku


1)BERIBADAT


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah Adh-Dhariyat : 56)



2)KHALIFAH


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah :30)  
 


jom check balik masa yg kita hbskan seharian :) isikan dgn perkara2 yg manfaat, kelak i'Allah kita tidak malu nak berhadapan dgnNya.. amin

kata2 Hassan Al-Banna "Tanggungjawap yg kita ada lbh byk drpd masa yg kita ada" 



 p/s: kekadang Allah uji kita untuk kita lbh dkt dgnNya *x de kaitan dgn tajuk ini.

 

Thursday, December 15, 2011

ibarat roda ke?


org cakap, kehidupan kita ni ibarat roda. betol ke??

kekadang kat atas, kekadang kat bawah

kekadang kita senang, kekadang kita susah

 kekadang kita suka, kekadang kita duka

kekadang kita rasa dunia ni 'aku yg punya', kekadang kita rasa cam tak de guna lagi nak hidup 

kekadang org pandang tinggi kat kita, kekadang org pandang pon tak mau

kekadang kita gelak tak ingat dunia, kekadang nangis smpai tak keluar air mata



Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah : 153)



mintalah pertolangan dariNya, dikala tubuh rebah ke bumi
jangan mudah berputus asa dengan dugaan hidup yg kian hari kian mencabar
Ingat, ALLAH sentiasa di samping kita
tak perlu untuk kita menghebahkan seisi alam
kerana belum tentu mereka dapat mmbantu
hanya Dia yang Maha Mendengar
hanya Dia yang Maha Mengetahui

Wednesday, December 7, 2011

baik sangat ke aku ni?


Agak-agak apabila kita mengata, mengumpat, or bercakap buruk tentang seseorang apa yang kita akan rasa selepas tu??

  • Dia tu pakai jer tudung labuh, sarung kaki. Tp perangai macam ape, kalo jnji selalu je tak tepati, kalo pinjam brg org bkn nk jaga elok2... baik aku, atleast amanah..

  • Dia tu hari2 bagi tazkirah kat aku. aurat lah, boikot lah blablabla.. Tp couple.. ada hati nk bg tazkirah.. baik aku, atleast jauh da dr zina hati..

  • Dia tu pakai je tudung. Tp, pergaulan ngan bdk laki lbh dr yg aku yg freehair nih.. baik aku, atleast pergaulan aku ngan laki aku jaga..

  • Dia tu hafal Quran, rajin bc Quran, tajwid pon pandai. Tp, mulut laser nak mampus, dalam bilk bsg giler. baik aku, atleast aku tak sakit kan hati org..

*statement di atas adalah rekaan semata2 tiada kaitan antara yg hdp dan yg mati

    Dalam kita sedar or tak sedar selepas kita berckp buruk tentang seseorg, kita akan merasai diri kita ni agak baik dari or lain.. betol x?  ni pendapat aku lar..
     
    Then, dalam tak sedar jgk amalan kita akan berkurang sebab kita rase dah cukup baik..



    Janganlah rasa diri kita sudah cukup berbuat baik, sudah cukup ibadat dan kemudian sombong di atas bumi Allah. Katakanlah pada diri sendiri bahawa aku masih boleh jadi ahli neraka, aku ni masih tak cukup amal, aku ni banyak dosa, maka dengan perasaan beginilah akan menjadikan kita seorang yang merendah diri dan sentiasa takut kepada Allah dan azabNya.



    kenapa kita nak salahkan tudung labuh, stokin, tazkirah n  rajin baca quran tu.. kalau ye pon tak suka ngan perangai buruk diorang, x pyh la nk kaitkan ngan benda baik yg dah diaorg buat kan.. manusia mmg tak lari buat salah dalam keadaan sedar or tak sedar.. sbb, tu kita kena saling mengingati sesama kita.. kalo bagi alasan, x cukup baik lagi nk nasihat kat org, mmg sampai bila pon tak lah kan..


    p/s: aku bknlah org yg baik sgt, tp cuba nak jadi seorang yg baik, baik disisiNya.. dan aku doakan semua org boleh jadi baik.. amin