Friday, December 30, 2011

yeah!! I'm muslim

   Pada suatu pagi Khalid Al-Walid menyuruh org ramai brkumpul dihadapan Kaabah. Dan pagi itu sebelum matahari terbit, orang ramai sudah berkumpul di hadapan Kaabah menunggu kedatangan seorang lelaki yang mereka sanjungi.  Masing-masing seolah-olah tidak sabar menanti kehadirannya.


"Wahai Khalid Al-Walid, apakah tujuan kamu menyuruh kami berkumpul di depan kaabah ini? Katakanlah cepat agar kami dapat mendengarnya," kata Safwan seolah2 tidak sabar mahu mengetahuinya.


Khalid Al-Walid tidak segera menjawap, matanya menjeling ke arah berhala2 yg terdapat di keliling kaabah. Soroton matanya penuh dengan kebenciaan. Orang ramai berasa hairan dengan gelagat pahlawan terbilang itu.


"Dengarlah pengakuan saya ini," Kata Khalid Al-Walid dengan suara yg lantang.


Suara orang ramai yg tadinya bagaikan bunyi lebah kini senyap tiba2. Masing2 menumpukan pendengaran serta perhatian kepada Khalid Al-Walid yg berdiri gagah didepan Kaabah.


"Mulai hari ini dan pagi yg bertuah ini, saya mengaku Muhammad itu Pesuruh Allah dan agama yg dibawanya benar!" Khalid Al-Walid berkata dengan suara yg lantang. Percakapannya didengar oleh orang dengan jelas.


Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Orang ramai marah apabila mendengar kata2 Khalid Al-Walid itu.


"Saya adalah pahlawan yg dilahirkan sebagai pejuang. Saya dididik supaya berani berterus terang sejak kecil lagi. Saya mahu saudara-saudara sekalian tahu yg saya sekarang sudah menjadi pengikut Muhammad," Kata Khalid Al-Walid lagi.


"Apa yang kamu dapat apabila menjadi pengikut Muhammad?" tanya Abu Sufian sambil bercekak pinggang.


"Muhammad itu miskin dan menjadi yatim piatu sejak kecil manakala kamu seorang hartawan. Apabila ayah kamu meninggal dunia, kamu mewarisi harta kekayaannya. Kamu ada ladang buah-buahan yg amat luas, memiliki beribu-ribu ekot unta dan kuda serta beratus-ratus orang hamba. Selain itu apa lagi yg kamu mahu?" Abu Sufian menyambung kata-katanya.


"Walaupun ayahku kaya, semua harta kekayaannya itu ditinggalkan selepas dia meninggal dunia. semua itu tidak dapat menyelamatkannya daripada kematian. Saya yakin Muhammad sahaja yg dapat menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akirat" jawap Khalid Al-Walid.


"Kamu sudah terkena sihir Muhammad dan aku sanggup carikan dukun yang handal bagi mengubati kamu," teriak Abu Sufian sambil memukul dadanya dengan tangan sebagai tanda marah yang amat sangat.


"Saya sudah lama yakin apa yang dibacakan oleh Muhammad dan agama yg dibawanya benar. Tetapi kebenaran itu ditutup oleh hawa nafsu, harta dan pangkat yg ada pada diriku. Mulai hari ini saya ingin melawan hawa nafsu itu. Saya sanggup kehilangan harta dan pangkat demi mencari kebenaran" Balas Khali Al-Walid.


Petikan dr Novel Perang Khaibar dan Khalid Al-Walid ~ Abdul Latip Talib
************************************************************


Jom tukar hobi kita dari yg suka mmbaca novel2 cinta yg membawa kita kepada dunia yg sememangnya tipu dan tidak memberi manfaat kepada novel sejarah yg terdapat roh dan semangat jihad yg akan sentiasa memberi pengajaran, motivasi dan dorongan kepada seorang mujahid untuk berjihad bersungguh2 ke jalanNya walau apa sekalipun cabaran yg bakal dihadapi..yeah!! I'm Proud to be A Muslim..


jom jadikan budaya "Buku ditangan".

1 comment:

  1. this is so inspiring.Khalid alWalid pun berani macam Umar!aku memang kena baca jugak buku-buku pahlawan islam,ke nak baca buku perang.ke kena baca kos?for now? =.='

    ReplyDelete