Perkataan/Frasa: Bulatan gembira
Cara sebutan: Boo-la-tan Ghem-bi-rrra
Maksud skema: Usrah. Liqa' atau halaqah (secara literalnya bermaksud bulatan) yang dilakukan untuk duduk-duduk dan beriman sebentar.
Maksud sebenar: Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini. Dengan kata lain, mereka adalah ikhwah/akhawat dai'e yang cukup bergaya. Perkataan ini boleh jadi kata nama, boleh juga digunakan sebagai kata kerja.
Contoh penggunaan I: "Ya Allllaaaahhh! Tolonglah aaakkuuu, Saparudin Ahmad... Tooolllooonnggg. Aku dah lama tak berbulatan gembira ni....! Kosong, kering sangggaatt hati aku sekarang ni...!" Rayu Fakarudin Sulaiman kepada rakan baiknya selepas dua minggu tiga hari tidak berbulatan gembira.
Contoh penggunaan II: Nurazimah Baharuddin berasa sungguh bersyukur lagi berterima kasih kerana walaupon selama ini dia tidak sedar yang dia sebenarnya dibulatangembirakan, kini dia amat menghargai usaha-usaha memerangkapnya suatu ketika dahulu.
di copy o ice Inche gabbana punyer blog
"tak bererti kita baik bila berbulatan gembira, tp berbulatan gembira salah satu cara nak jadi baik"
p/s: kat skolah selalu menyorok dalam dorm sbb x nak ke bulatan gembira, tp sekarang tak sabar nk ke bulatan gembira
Bila Allah nak kebaikan pada kita,Dia akan lorongkan jalanNya.Allah sangat sweet<3
ReplyDeletemari berbulatan gembira hey!