Friday, July 29, 2011

Monday, July 25, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA




jom join segmen ni

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa derita, atau penyakit, atau kesusahan, atau kesedihan, atau kesakitan, atau kedukaan, bahkan gangguan yang berupa tusukan duri saja pun, melainkan semuanya itu akan menjadi penebus dosa-dosa yang dibuatnya". Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah,


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
diriwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
 

saya tag :

Jawapan Allah kepada manusia yang mengeluh


aku suka artikal ni
juz nk share..

boleh klik  sini



Adriana wif pak su


 Adriana : 
anak sdare pertama aku
muke ganas, 
tp takut gelap 
and takut rambut..

pak su :
 adik bongsu aku 
satu2 nyer anak laki abh n ummi
sgt lah koya
name jer jantan
tp minat pink
 
layan je lah gambar2 diorang nih..















p/s : Adriana nanti bsr2 jadi anak yg solehah ek..
       Faiz good luck 4 your spm.. buat yg terbek, biar result gempak.. amin



SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN


Assalamualaikum..

jom join GA Hajar Azman

saya tag 

Sunday, July 24, 2011

h0bi


dulu time skolah rendah, 
suka sgt kekawan aku srh wat biodata diri..
tulis nama, alamat, no tel, birthday, 
makann kegemaran, minuman kegemaran
cita-cita
dan banyak lagi lah

 part yg aku selalu blur, x tau nk tls ape
part hobi 

maksud hobi ialah
 aktiviti masa lapang yg menenangkan fikiran seseorang..
google search.. hee

aktiviti masa lapang aku,
x tgk tv, tido
dulu buta IT lagi nak b'blogging2 ni
heee

so, untuk mengelakan aku ni nmpak pemalas sgt
aku terhipokrit la sikit
hobi saya membaca
hehe

ect, nk cakap aku baru jer hbs baca satu lagi buku
siri pahlawan islam
Alhamdulilah..


Ikramah ni anak kapada Abu Jahal
Abu Jahal ialah salah seorang yg terkenal memusuhi Rasullulah
diorang memang menentang giler2 ajaran islam
mereka sanggup menghabiskan harta mereka utk memerangi islam

 ttp selepas mendapat hidayah dr Allah
Ikramah memeluk islam

dia berubah
daripada seorang yg sgt menentang Rasullulah
kepada seorang yg sgt membela Rasullulah..
 
 kesimpulannya,
 org yg jahat x semestinya akan jd jahat untuk selamanya,
org2 baik plak x semestinya akan kekal jadi baik

oleh itu, selain drpd berusaha nak jd baik
kita juga mesti selalu berdoa agar sentiasa ditetapkan iman kita
hidup, mati, masuk syurga bersama iman..
insyaAllah,
amin


credit to acik sbb beli buku koleksi siri pahlawan ni sampai bleh jadi pedang camni.. heeee

Ramadhan giveaway..




Tahun ni 4 da first time aku berpuasa kat rumah cukup 1 bulan..
hari2 makan sedap la nampak nyer.. huhu
aku harap dpt manfaat sepenuhnya puasa kali ni.. amin
dikesempatan ini, jom kita join Ramadhan giveaway ni..
hadiah pon menarik!!

Saturday, July 23, 2011

Our j0urney..

 gambar ini di copy dr member fb aku..


1.  ALAM  ROH ~ kita  sudah  menghadapinya

  •  Sebelum masuk  ke alam  dunia.
  • Perjanjian  manusia  dengan  Allah.
  • …Allah bertanya, “Apakah kamu mengakui bahawa Diriku ini adalah   TuhanMU?” mereka menjawap “Benar, bahkan kami menyaksikannya”… (surah Al-A’raaf :172)
  •   Sememangnya  ketauhidan itu sesuai  dengan  fitrah kita.  


2. ALAM  RAHIM ~ kita  sudah  menghadapinya 
              
  •  Di jaga  dengan  penuh kasih sayang ibu. 
  •   Perkembangan  kejadian manusia :
  •  Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) tanah.     Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik. (Surah Al-Mu’minum : 13-15)


3. ALAM  DUNIA ~ kita sedang  menghadapinya

  • Kehidupan di dunia hanya persinggahan dan sementara. 
  • Tidak ada apa2  yang perlu  dibanggakan  dengan kehidupan di dunai ini, rumah besr, pangkat tinggi melangit, harta melimpah ruah.. jika  tidak menjadikan  ia  satu  tempat  penghubung  ke dunia  selepas  ini (akhirat). 
  • Tujuan  penciptaan kita  tidak  lain  tidak  bukan  adalah untuk  beribadah dan menjadi  khalifah di  muka bumi ini.
  •  Ibadah :
  • Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah Adz-Dzariyat :56)
  • Khalifah :
  • Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
    (Surah Al-Baqarah : 30)
  •  Setiap  berbuatan  kita  di dunia  ini  akan direkod  oleh  malaikat Raqib  dan ‘Atid, sama ada  perbuatan buruk atau baik  dan  setiap perbuatan  itu akan mendapat balasan.
  • Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangasiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat balasannya pula. (Surah Az-Zalzalah : 7-8)
  • Tetapi setiap  kejahatan yang  di lakukan  boleh  terhapus  apabila kita bertaubat.
  •  The Prophet SAW said,  “As soon  as a  sin  is committed,  a  black  impression  falls  on  their  soul. If it  is not  removed,  it  remains  and  thus  hundreds   of  black  impressions  make  the  whole  region  of  the  heart  black.  It is  the  duty of  every  man  to  remove  these  black  impressions  by  washing them  with the water  of  tears  and  repentence.  (Mishkat al-Masabih, 3:760)


4. ALAM  BARZAKH ~ kita  akan  menghadapinya

  •  Alam barzakh ialah alam  kubur,  alam  selepas  ajal  mejemput kita.  Setiap  yang  bernyawa  pasti  akan merasainya..
  •  Pada ketika  ini  kita  akan di  soal  oleh  malaikat  Munkar  dan  Nakir.  Walau kita  hafal  pun  skema  jawapan  untuk  soalan2  ni,  tidak  dijamin  boleh  menjawapnya  melainkan  amalan2 kita.
  •  Jika seseorang itu tidak dapat menjawapnya, kubur mereka akan menjadi sempit.


5. ALAM  MASYAR ~ kita akan menghadapinya

  •   Malaikat Israfel akan meniup sangkakala yang menandakan kemusnahan keseluruhan alam semesta
  • Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah An-Naml : 87)
  •  Maka  malaikat Israfel akan meniup sangkakala untuk kali kedua dan semua makhluk Allah SWT akan dibangkitkan dan dibawa keluar dari kubur masing-masing, dan setiap orang akan dibangkitkan dalam bentuk tubuh badan mereka.
  • Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
    (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
    (Surah Ya Sin : 52-53)
  •  Semua makhluk akan berkumpul d suatu tempat yang bernama padang Masyar.
  • Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
    Dan ibunya serta bapanya,
    Dan isterinya serta anak-anaknya,
    Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja..
    Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri
    Tertawa, lagi bersuka ria
    Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
    Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
    Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.
  • Selepas itu, tibalah waktu penghisaban. Di sini organ-organ tubuh manusia akan menjadi saksi bagi pihak pemilik 
  • “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
  • Amalan yang lebih berat yang baik akan dibalas dengan syurga dan ringan amalan baik akan membawa seseorang itu ke arah neraka dan hukuman


:  dunia ni mcm dwn exm la jgk kan,  tempat kita di uji..
:  semoga kita dpermdhkan utk mnghadapi ujian ini.. amin
rujukan dr pembelajaran ungs 2030k sem2 2010/2011
:  dikesempatan ini nk ucap ribuan terima kasih kat lecturer ak mdm zakiah…


cik nd 1st giveaway



join GA cep teh y kiut lagi miut ni..

Monday, July 18, 2011

rahsia..

dulu time kecik aku n adik aku
digelar INTERNET BURUK oleh kakak2 aku..
sbb kitorg ni penyebar informasi2 yg terkini berserta tepat dan mantap
ape2 yg diorng buat kat rumah mesti rumah sebelah tau
memang x boleh simpan RAHSIA lah..
biaselah tu.. bdk kecik kan memang banyak cakap.. heee


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


sekarang bila dah besar,
apa2 perkara yg awalnyer aku nk rahsiakan kat kakak2 aku
mesti tercerita jugak kat diorang..
contohnyer ke-mak nga-an (cuai) aku nih..
konon nyer aku x nak cerita sbb x tahan diorang akan mengata aku..
kalau skali dua x pe lah, ni x..
sampai kucing berjanggut pon, ingatan diorang masih kuat lagi..
memang style kitorang camnih, asal ingat jer mesti mengata..
maybe, kalau hilang ingatan,
baru x mengata kot.. 


masa aku study kat pj dulu,
aku ada lar beli satu kasut ni
kakak aku selalu pesan sebelum bayar tu check dulu
takot2, ada cacat mane2..
aku pon check lah 
tgk atas, bwh, kiri, kanan 
ok cukup sifat
size pon check takot besar sbelah.
ok done, boleh bayar..

tup tup, balik bilik
tgk2, satu saiz 5, satu lagi saiz 6.. 
aku rasa dah giler berhati2 da td
asal bleh jadi gini jgk, saiz pon check rasenyer..
baru aku teringat masa aku check saiz tadi
aku check sebelah jer..
hahaha, adakah sememangnyer aku "mak nga" ek??
huhuhu

aku janji ngan diri aku, 
yang aku x nak cite kat kakak aku..
tp, tup tup masa kakak aku ( acik ) call aku
dengan spontan nyer aku bercerita dengan lancar nyer..
memang x boleh simpan RAHSIA btol aku ni..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


satu lagi rahsia yang aku x nak bagi tau diorang,
pasal wujud nyer blog ni.. heeee
ye lah, senang sikit nak kutuk diorang
hehehe..
last2, spucik tau jugak!!!

p/s kepada acik :
kalau baca tu, senyap jer lah.. ni bising2 sapa 1 kampung tau..
supo angoh masok.. heee



 
ape2 pon, aku bersyukur sgt2
dikurniakan  adik bradik ini...
i luv them much..

my sibling











Saturday, July 16, 2011

orang-orang yang saya suka :)

assalamualaikum.. 

x tau knp mata aku ni x bleh nk ttp plak mlm ni.. so, ak nk cite lah sikit pasal org2 yg mayb korang knl, yg aku knl, and org2 tu ak suka.. or dgn erti kata lain, minat la kot.. hehe

tp, aku ni bkn r peminat SETIA pon
aku mnt diorang buat mase skrng ni jer
lps ni aku akn mnt org lain plak 
sbb, aku nk jadi peminat SETIA utk my hubby jer  menggediks sikit

and, ak x lah mnt giler2 smpai nk kene save pic2 diorang,
mlm2, sblm tido kene tgk..  
kalau t'serempak mane2 nk kene bergmbr or "abg nk sign bleh??"
x pon, mnghbs kan duit ummi abah aku utk diorang
juz, kekadang tu terhabis masa jer... hee


ni org2 yg korang mayb knl, yg aku suka..


1 ) YONG HWA


mula2 tau dia ni wujud, dlm cite you are beautiful
tp time tu x mnt lg sbb suke hero first lg..
pastu, tgk WGM.. berkenan di hati r kat mamat nih
aku doakan dia mndapat hidayah oleh ALLAH

aku ni spttnya syukur, sbb lahir dalam keluarga islam
suasana islam, 
study pon kat Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia
promote u sikit  
kesian kat diorang yg x prnah berkesempatan tau psl islam
sbb tu, kalau ade peluang kita kena dakwah diorang
kalau x de peluang or x mampu
kita boleh dakwah dgn cara jaga akhlak kita
so, bila diorang tgk akhlak kita baik
InsyaAllah diorang akan tertarik ngan islam
btol x?? 


2 ) BETO KUSYAIRY




aku x lah mnt dia sbnrnyer
tp, aku mnt watak dia dalam GENG SURAU
mmg mnt r mayat a.k.a razif tuh
kalau mmg kat luar dia camtu
mmg aku terima r pinangan dia
hehe, menkoyakan diri jap
 dlm cite tu, dia dulu bdk jht giler
sampai org panggil dia mayat
pastu, insaf jd bdk baik..
tp org kampung susah nk terima dia blk..
dulu time kecik aku berangan nk kawen ngan org mcm ni r..
hehe, lawak giler bila pikir blk

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
sememangnya susah nk memberi kemaafan kat org yg pernah 
menyakitkan hati kita
kat mulut dah maaf, 
tp dalam hati berdendam lagi..
kat depan tunjuk baik
tp kat belakang dok mengumpat lagi..
alangkah indahnya kalau kita boleh memaafkan seseorg..
hati jadi tenang tenang
tubuh jadi sihat
boleh jadi awek muda lg
nk tau selanjutnya pasal kemaafan bleh tgk sini
heeee 


3 ) Khairul Fahmi 



aku suka tgk dia ni atas padang
bila dah dpt tngkap bola tu, mmg peluk giler r
mmg syg bola.. hehe
 tiba2 aku minat pemain bola sepak
padahal bola sepak pon ak x minat
tp, sejak bila ntah
xcited tgk bola
bleh plak tu ak knl nama2 diorang
especially, team TRW
gomo kelate gomo
tetibe semangat plak

ape2 pon aku doakan dia berjaya hidup ddunia n akhirat
and berbahagia ngan tunang tersayang 
smpai ke ank cucu cicit


 last skali nak out of topic skit..
aku suka makan begedil
hehehehehehehe (gelak penuh makna)

jom minum petang..

chef :-
acik
yus
akue

bajet cam susah je minum petang ni
sampai 3 org chef
ni die minum ptg kite

 puding roti


kiteorng wat pakai resepi ni kat sini..

acik leader, sbb die prnh ambik khusus mase f0rm 3..

lawok r mc'cik nih  :)
 



Friday, July 15, 2011

Hasil 15 hari cuti sem

Assalamualaikum
hari ni da masuk hari yg ke-15
ak dok goyang kaki
temenung sini, temenung situ
teringat org tu, teringat org ni
jadi penyibuk org berdating (mc'ngoh)
jadi tukang gelak kat mc'cik
jadi babysitter x bertauliah
jadi bibik mak ncik yg sporting (mc long)

nk tau nape sporting mak ncik ni??
rumah dy bleh gune tenet,
ade astro one,
 bleh nk shopping sesuke ati aku
byk makanan
dan macam-macam lagi
heeee : )

mmg da bez r mc'long
abah selalu ckp along ni,
dr dulu smpai lah dy kawen
dy x prnah syg duit dy kalo utk adk2
walaupun, kekadang sakit ati gak ngan dy nih
hehehe

selama 15 hari aku bercuti ni jgk
aku berjaya khatam buku nih

 hehehe
bajet tebal sgt smpai 15 hari br bleh hbs
sebenarnyer nipis jer
tp aku ni yg byk hbskan masa dgn kelaghaan dunia
 dok bangga ngan
kpop lah, jpop lah
dy ni hemsem lar, dy tu lawa lar
pandai r dy belakon, x kaku pon
suara sdp, menari pon pandai
sampai lupa nk izzah (bangga) ngan pahlawan2 islam dulukala

so, meh ak share serba sedikit
ape yang aku dapt dr buku nih

dalam buku ni menceritakan tentang
KHALID AL WALID
yg dikurniakan sbg
Saifullah atau Pahlawan pedang Allah
oleh Nabi Muhammad SAW
dan baginda pernah berdoa
agar khalid al walid sentiasa menang dalam setiap peperanganya
walaupun khalid al walid sgt menginginkan mati syahid

Khalid Al Walid
cekap menunggang kuda
dan mahir menggunakan senjata 
ketika usianya masih muda
dia pernah memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy
dalam perang Uhud memerangi tentera islam
dengan kepintarannya
dan
kesilapan tentera islam
dia berjaya mengalahkan tentera islam
yang hampir mencapai kemenangan

Khalid memusuhi islam sehingga thn 6 hijrah
selepas memeluk islam
dia dilantik menjadi panglima islam

Khalid al Walid sgt tegas, berani dan 
bijak mengatur strategi di medan perang
sehinggakan mendengar namanya shj
dpt mengalahkan pihak musuh
sebelum bermulanya peperangan

 Khalid Al Walid
terlibat dalam peperangan besar seperti
perang Mukhtah,
perang dgn kerajaan Parsi,
melawan kerajaan Rom di Yarmuk,
merebut Damsyik dari Rom,
menakhluki Mesir,
menawan Baitul Maqdis drpd kuasa Kristian
dan byk lagi...

setiap peperangan yg disertainya
pasti memperoleh kemenangan
walaupun tentera phk musah berlipat kali ganda ramai
berbanding tentera khalid al walid.....

beliau sgt berjasa dalam menakhluki
banyak kawasan
untuk menyebarkan agama islam

mmg bersemangat r bc buku nih
taget aku sblm blk kg
nk hbskan 5 lagi buku 
siri pahlawan islam ni
semoga dipermudahkan
dan x sia-sia pd pandanganNya
amin

: j0m knl pahlawan2 kita..  : )

Monday, July 11, 2011

Saya suka makan d0nut


Dulu time kecik2, kazen2 aku suka sangat panggil aku DONUT.. 
x tau knape.. 
maybe time kecik dulu muka ak chubby n bulat macam donut kot.. huhu

tp, mmg aku suke makan donut.. 
dulu time skolah aku suka makan donut kat kedai stesen bas kb,
x tau ade lagi x skrang.. sbb dah lame x naik bas.. 
rm0.50 satu.. yg besar punyer..

sekarang bila da bsr ni,
ak up sikit
suka donut ni..

California Almond Big Apple


 bez giler beb donut nie..
sape2 nk ngorat aku boleh try beli donut ni kat ak ek..
heee  :)

Alhamdulilah, ni salah satu ni'mat makan yang boleh aku rase..
Allah boleh tarik bila2 mase jer ni'mat ni
contohnyer time aku demam
mase ni bagi makanan sesedap mane pon kat aku, 
confirm x rase ape2..
sebab tu, kita mesti sentiasa bersyukur kat Allah
ni baru ni'mat makan donut
x masuk lagi makan bende lain..
hehe

Sunday, July 10, 2011

s0ri mc'long..


Ingat susah sangat ke nak masak ni.. senang jer, senang giler.. letak tu sikit, ni sikit, tambah garam, gula sesedap rase macam buat air teh bak kate pijah,.. hehe, sori pijah.. pastu siap boleh makan bersama keluarga tersayang, cume antara sedap or x sedap jer..

ari ni wat sup bayam resipi ummi untuk org berpantang, tp x sama macam yang ummi buat..
sori ek Along bibik ni tak sempat nk ambik khusus, sbb tu x berape nk jadi.. 
kalo x, msti sama sebijik r ngan ummi buat.. hee 
tp, hotel 5 bintang pon x leh lawan masakan ummi, 
ni kan ak yang satu bintang pon x berapa nak sampai..
hehe

credit to mc'ng0s untuk ayam masak halia..
abg hadi berselera jer nampak makan tu, sdp lah kot angah..
:)