Saturday, July 23, 2011

Our j0urney..

 gambar ini di copy dr member fb aku..


1.  ALAM  ROH ~ kita  sudah  menghadapinya

  •  Sebelum masuk  ke alam  dunia.
  • Perjanjian  manusia  dengan  Allah.
  • …Allah bertanya, “Apakah kamu mengakui bahawa Diriku ini adalah   TuhanMU?” mereka menjawap “Benar, bahkan kami menyaksikannya”… (surah Al-A’raaf :172)
  •   Sememangnya  ketauhidan itu sesuai  dengan  fitrah kita.  


2. ALAM  RAHIM ~ kita  sudah  menghadapinya 
              
  •  Di jaga  dengan  penuh kasih sayang ibu. 
  •   Perkembangan  kejadian manusia :
  •  Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) tanah.     Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik. (Surah Al-Mu’minum : 13-15)


3. ALAM  DUNIA ~ kita sedang  menghadapinya

  • Kehidupan di dunia hanya persinggahan dan sementara. 
  • Tidak ada apa2  yang perlu  dibanggakan  dengan kehidupan di dunai ini, rumah besr, pangkat tinggi melangit, harta melimpah ruah.. jika  tidak menjadikan  ia  satu  tempat  penghubung  ke dunia  selepas  ini (akhirat). 
  • Tujuan  penciptaan kita  tidak  lain  tidak  bukan  adalah untuk  beribadah dan menjadi  khalifah di  muka bumi ini.
  •  Ibadah :
  • Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah Adz-Dzariyat :56)
  • Khalifah :
  • Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
    (Surah Al-Baqarah : 30)
  •  Setiap  berbuatan  kita  di dunia  ini  akan direkod  oleh  malaikat Raqib  dan ‘Atid, sama ada  perbuatan buruk atau baik  dan  setiap perbuatan  itu akan mendapat balasan.
  • Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangasiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat balasannya pula. (Surah Az-Zalzalah : 7-8)
  • Tetapi setiap  kejahatan yang  di lakukan  boleh  terhapus  apabila kita bertaubat.
  •  The Prophet SAW said,  “As soon  as a  sin  is committed,  a  black  impression  falls  on  their  soul. If it  is not  removed,  it  remains  and  thus  hundreds   of  black  impressions  make  the  whole  region  of  the  heart  black.  It is  the  duty of  every  man  to  remove  these  black  impressions  by  washing them  with the water  of  tears  and  repentence.  (Mishkat al-Masabih, 3:760)


4. ALAM  BARZAKH ~ kita  akan  menghadapinya

  •  Alam barzakh ialah alam  kubur,  alam  selepas  ajal  mejemput kita.  Setiap  yang  bernyawa  pasti  akan merasainya..
  •  Pada ketika  ini  kita  akan di  soal  oleh  malaikat  Munkar  dan  Nakir.  Walau kita  hafal  pun  skema  jawapan  untuk  soalan2  ni,  tidak  dijamin  boleh  menjawapnya  melainkan  amalan2 kita.
  •  Jika seseorang itu tidak dapat menjawapnya, kubur mereka akan menjadi sempit.


5. ALAM  MASYAR ~ kita akan menghadapinya

  •   Malaikat Israfel akan meniup sangkakala yang menandakan kemusnahan keseluruhan alam semesta
  • Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah An-Naml : 87)
  •  Maka  malaikat Israfel akan meniup sangkakala untuk kali kedua dan semua makhluk Allah SWT akan dibangkitkan dan dibawa keluar dari kubur masing-masing, dan setiap orang akan dibangkitkan dalam bentuk tubuh badan mereka.
  • Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
    (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
    (Surah Ya Sin : 52-53)
  •  Semua makhluk akan berkumpul d suatu tempat yang bernama padang Masyar.
  • Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
    Dan ibunya serta bapanya,
    Dan isterinya serta anak-anaknya,
    Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja..
    Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri
    Tertawa, lagi bersuka ria
    Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
    Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
    Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.
  • Selepas itu, tibalah waktu penghisaban. Di sini organ-organ tubuh manusia akan menjadi saksi bagi pihak pemilik 
  • “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
  • Amalan yang lebih berat yang baik akan dibalas dengan syurga dan ringan amalan baik akan membawa seseorang itu ke arah neraka dan hukuman


:  dunia ni mcm dwn exm la jgk kan,  tempat kita di uji..
:  semoga kita dpermdhkan utk mnghadapi ujian ini.. amin
rujukan dr pembelajaran ungs 2030k sem2 2010/2011
:  dikesempatan ini nk ucap ribuan terima kasih kat lecturer ak mdm zakiah…


2 comments: