Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)
Then when you have take a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah love to those who put their trust in Him[Al-Imran]
Friday, December 30, 2011
yeah!! I'm muslim
Pada suatu pagi Khalid Al-Walid menyuruh org ramai brkumpul dihadapan Kaabah. Dan pagi itu sebelum matahari terbit, orang ramai sudah berkumpul di hadapan Kaabah menunggu kedatangan seorang lelaki yang mereka sanjungi. Masing-masing seolah-olah tidak sabar menanti kehadirannya.
"Wahai Khalid Al-Walid, apakah tujuan kamu menyuruh kami berkumpul di depan kaabah ini? Katakanlah cepat agar kami dapat mendengarnya," kata Safwan seolah2 tidak sabar mahu mengetahuinya.
Khalid Al-Walid tidak segera menjawap, matanya menjeling ke arah berhala2 yg terdapat di keliling kaabah. Soroton matanya penuh dengan kebenciaan. Orang ramai berasa hairan dengan gelagat pahlawan terbilang itu.
"Dengarlah pengakuan saya ini," Kata Khalid Al-Walid dengan suara yg lantang.
Suara orang ramai yg tadinya bagaikan bunyi lebah kini senyap tiba2. Masing2 menumpukan pendengaran serta perhatian kepada Khalid Al-Walid yg berdiri gagah didepan Kaabah.
"Mulai hari ini dan pagi yg bertuah ini, saya mengaku Muhammad itu Pesuruh Allah dan agama yg dibawanya benar!" Khalid Al-Walid berkata dengan suara yg lantang. Percakapannya didengar oleh orang dengan jelas.
Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Orang ramai marah apabila mendengar kata2 Khalid Al-Walid itu.
"Saya adalah pahlawan yg dilahirkan sebagai pejuang. Saya dididik supaya berani berterus terang sejak kecil lagi. Saya mahu saudara-saudara sekalian tahu yg saya sekarang sudah menjadi pengikut Muhammad," Kata Khalid Al-Walid lagi.
"Apa yang kamu dapat apabila menjadi pengikut Muhammad?" tanya Abu Sufian sambil bercekak pinggang.
"Muhammad itu miskin dan menjadi yatim piatu sejak kecil manakala kamu seorang hartawan. Apabila ayah kamu meninggal dunia, kamu mewarisi harta kekayaannya. Kamu ada ladang buah-buahan yg amat luas, memiliki beribu-ribu ekot unta dan kuda serta beratus-ratus orang hamba. Selain itu apa lagi yg kamu mahu?" Abu Sufian menyambung kata-katanya.
"Walaupun ayahku kaya, semua harta kekayaannya itu ditinggalkan selepas dia meninggal dunia. semua itu tidak dapat menyelamatkannya daripada kematian. Saya yakin Muhammad sahaja yg dapat menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akirat" jawap Khalid Al-Walid.
"Kamu sudah terkena sihir Muhammad dan aku sanggup carikan dukun yang handal bagi mengubati kamu," teriak Abu Sufian sambil memukul dadanya dengan tangan sebagai tanda marah yang amat sangat.
"Saya sudah lama yakin apa yang dibacakan oleh Muhammad dan agama yg dibawanya benar. Tetapi kebenaran itu ditutup oleh hawa nafsu, harta dan pangkat yg ada pada diriku. Mulai hari ini saya ingin melawan hawa nafsu itu. Saya sanggup kehilangan harta dan pangkat demi mencari kebenaran" Balas Khali Al-Walid.
Petikan dr Novel Perang Khaibar dan Khalid Al-Walid ~ Abdul Latip Talib
************************************************************
Jom tukar hobi kita dari yg suka mmbaca novel2 cinta yg membawa kita kepada dunia yg sememangnya tipu dan tidak memberi manfaat kepada novel sejarah yg terdapat roh dan semangat jihad yg akan sentiasa memberi pengajaran, motivasi dan dorongan kepada seorang mujahid untuk berjihad bersungguh2 ke jalanNya walau apa sekalipun cabaran yg bakal dihadapi..yeah!! I'm Proud to be A Muslim..
jom jadikan budaya "Buku ditangan".
"Wahai Khalid Al-Walid, apakah tujuan kamu menyuruh kami berkumpul di depan kaabah ini? Katakanlah cepat agar kami dapat mendengarnya," kata Safwan seolah2 tidak sabar mahu mengetahuinya.
Khalid Al-Walid tidak segera menjawap, matanya menjeling ke arah berhala2 yg terdapat di keliling kaabah. Soroton matanya penuh dengan kebenciaan. Orang ramai berasa hairan dengan gelagat pahlawan terbilang itu.
"Dengarlah pengakuan saya ini," Kata Khalid Al-Walid dengan suara yg lantang.
Suara orang ramai yg tadinya bagaikan bunyi lebah kini senyap tiba2. Masing2 menumpukan pendengaran serta perhatian kepada Khalid Al-Walid yg berdiri gagah didepan Kaabah.
"Mulai hari ini dan pagi yg bertuah ini, saya mengaku Muhammad itu Pesuruh Allah dan agama yg dibawanya benar!" Khalid Al-Walid berkata dengan suara yg lantang. Percakapannya didengar oleh orang dengan jelas.
Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Orang ramai marah apabila mendengar kata2 Khalid Al-Walid itu.
"Saya adalah pahlawan yg dilahirkan sebagai pejuang. Saya dididik supaya berani berterus terang sejak kecil lagi. Saya mahu saudara-saudara sekalian tahu yg saya sekarang sudah menjadi pengikut Muhammad," Kata Khalid Al-Walid lagi.
"Apa yang kamu dapat apabila menjadi pengikut Muhammad?" tanya Abu Sufian sambil bercekak pinggang.
"Muhammad itu miskin dan menjadi yatim piatu sejak kecil manakala kamu seorang hartawan. Apabila ayah kamu meninggal dunia, kamu mewarisi harta kekayaannya. Kamu ada ladang buah-buahan yg amat luas, memiliki beribu-ribu ekot unta dan kuda serta beratus-ratus orang hamba. Selain itu apa lagi yg kamu mahu?" Abu Sufian menyambung kata-katanya.
"Walaupun ayahku kaya, semua harta kekayaannya itu ditinggalkan selepas dia meninggal dunia. semua itu tidak dapat menyelamatkannya daripada kematian. Saya yakin Muhammad sahaja yg dapat menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akirat" jawap Khalid Al-Walid.
"Kamu sudah terkena sihir Muhammad dan aku sanggup carikan dukun yang handal bagi mengubati kamu," teriak Abu Sufian sambil memukul dadanya dengan tangan sebagai tanda marah yang amat sangat.
"Saya sudah lama yakin apa yang dibacakan oleh Muhammad dan agama yg dibawanya benar. Tetapi kebenaran itu ditutup oleh hawa nafsu, harta dan pangkat yg ada pada diriku. Mulai hari ini saya ingin melawan hawa nafsu itu. Saya sanggup kehilangan harta dan pangkat demi mencari kebenaran" Balas Khali Al-Walid.
Petikan dr Novel Perang Khaibar dan Khalid Al-Walid ~ Abdul Latip Talib
************************************************************
Jom tukar hobi kita dari yg suka mmbaca novel2 cinta yg membawa kita kepada dunia yg sememangnya tipu dan tidak memberi manfaat kepada novel sejarah yg terdapat roh dan semangat jihad yg akan sentiasa memberi pengajaran, motivasi dan dorongan kepada seorang mujahid untuk berjihad bersungguh2 ke jalanNya walau apa sekalipun cabaran yg bakal dihadapi..yeah!! I'm Proud to be A Muslim..
jom jadikan budaya "Buku ditangan".
Sunday, December 25, 2011
Jeles aku ngan makhluk nih!!
Jeles aku ngan makhluk2 jenis ni.. x puas hati r!!!
Bayangkan..
Makhluk-makhluk ni pagi-pagi dah boleh bangun, sempat la nak buat solat tahajud.. tp ak bgn sempat buat apa?? Sempat buat solat subuh terkejut..
Lepas solat subuh aku tgk makhluk-makhluk ni masih lagi dok atas sejadah mengaji, bc mathurat, zikir n blabla.. tp ak buat apa lepas subuh?? tertido atas sejadah..
Dalam pukul 10 plak dengar makhluk ni keluar bilik g toilet, nak tau makhluk ni buat apa?? Dia ambil wudu’ nak solat dhuha wei.. tp aku, g toilet gosok gigi,bsh muka baru nak breakfast..
Lps tu, kalo tiap kali dgr jer azan masuk waktu, cepat2 jer makhluk-makhluk ni ambik wudu’ and solat, solat berjemaah plak tu, yg tak tahan lagi siap buat solat sunat der.. Tp aku, lepas jer bagi salam solat zohor dgr orang azan asar, tu pon da nak2 bangga sbb boleh solat asar awal waktu..
Kalo esok ada kuiz, sempat lagi kot makhluk ni g dgr ceramah2, talk, g usrah.. aku plak, bukak buku la kan, tapi mengadap buku 1minit mengadap muka buku 1 jam.. makhluk ni lps jer blk program steady je mengadap buku berjam2..
Suatu hari aku try la jgk ikut rutin makhluk ni, tp tak sampai setengah hari dah rasa penat.. pehal diorg bleh maintain jer hari2 buat ek, pehal aku tak boleh.. sebab tu aku sangat jeles sekarang ni.. ape rahsia dia??
Makhluk ~ Anggap lah hari2 yg kita lalui ni, hari yg terakhir buat kita.. I’Allah kita boleh istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.. amin
Thursday, December 22, 2011
surat cinta dr yg tersayang..
Assalamualaikum
hari ni dapat byk surat dr geng2 brainiacs..
brainiacs ni nama batch aku, batch 102 cts,
sempena nk final lagi 2 3 hari ni,
kitorg wajibkan bg surat2 ni kat semua bdk2 batch ni..
so, kitorg bole lah nk mntak maaf kalo b4 ni ada yg tacim2,
nk wish gud luck ke,
nk bagi teguran membina n mcm2 lg lah..
Already received 55 letters |
tengs u olsss, dah bersemangat sikit nk exam ni.. hehe
n dikesempatan ini nk share surat cinta dr slh seorg kawan ak ni
hehe tuan empunya blog ni jomjadibaik
Kehadapan Farah ku sayang,
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan :
"Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Didalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi denganNya. Oleh itu, kenalilah Allah dan belajarlah untuk mencintaiNya sepenuh hatimu.
tenkiu hafizah :)
Wednesday, December 21, 2011
Bulatan gembira
Perkataan/Frasa: Bulatan gembira
Cara sebutan: Boo-la-tan Ghem-bi-rrra
Maksud skema: Usrah. Liqa' atau halaqah (secara literalnya bermaksud bulatan) yang dilakukan untuk duduk-duduk dan beriman sebentar.
Maksud sebenar: Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini. Dengan kata lain, mereka adalah ikhwah/akhawat dai'e yang cukup bergaya. Perkataan ini boleh jadi kata nama, boleh juga digunakan sebagai kata kerja.
Contoh penggunaan I: "Ya Allllaaaahhh! Tolonglah aaakkuuu, Saparudin Ahmad... Tooolllooonnggg. Aku dah lama tak berbulatan gembira ni....! Kosong, kering sangggaatt hati aku sekarang ni...!" Rayu Fakarudin Sulaiman kepada rakan baiknya selepas dua minggu tiga hari tidak berbulatan gembira.
Contoh penggunaan II: Nurazimah Baharuddin berasa sungguh bersyukur lagi berterima kasih kerana walaupon selama ini dia tidak sedar yang dia sebenarnya dibulatangembirakan, kini dia amat menghargai usaha-usaha memerangkapnya suatu ketika dahulu.
di copy o ice Inche gabbana punyer blog
"tak bererti kita baik bila berbulatan gembira, tp berbulatan gembira salah satu cara nak jadi baik"
p/s: kat skolah selalu menyorok dalam dorm sbb x nak ke bulatan gembira, tp sekarang tak sabar nk ke bulatan gembira
Sunday, December 18, 2011
UMUR KU..
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
Dengan perkara apakah yg tlh aku habiskan umurku ini??
malu nya aku nk menjawap persoalan itu,
Ya Allah umurku tlh banyak aku habiskan dengan
Ya Allah umurku tlh banyak aku habiskan dengan
- menonton drama-drama korea, melayu, thailand apa shj cerita yg bez sampai 2 3 pagi tak tido,
- dengar lagu-lagu yg kekadang jer aku faham maksudnya, sampai boleh buat ulik tido,
- cakap benda yg sia-sia, berbual kosong, lepak ngan kawan2, kekadang terbuka aib org,
- fesbuking, usha org tu, usha org ni pastu kutuk2,
- chating, sms-ing, gayut-ing, smpai tak sedar waktu solat da nk hbs,
- enjoy situ, enjoy sini sampai hbs duit ummi abah melayang..
padahal dalam surat cinta yg Kau bagi, sudah jelas tujuan Kau menciptakan aku
1)BERIBADAT
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah Adh-Dhariyat : 56)
2)KHALIFAH
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah :30)
jom check balik masa yg kita hbskan seharian :) isikan dgn perkara2 yg manfaat, kelak i'Allah kita tidak malu nak berhadapan dgnNya.. amin
kata2 Hassan Al-Banna "Tanggungjawap yg kita ada lbh byk drpd masa yg kita ada"
Thursday, December 15, 2011
ibarat roda ke?
org cakap, kehidupan kita ni ibarat roda. betol ke??
kekadang kat atas, kekadang kat bawah
kekadang kita senang, kekadang kita susah
kekadang kita suka, kekadang kita duka
kekadang kita rasa dunia ni 'aku yg punya', kekadang kita rasa cam tak de guna lagi nak hidup
kekadang org pandang tinggi kat kita, kekadang org pandang pon tak mau
kekadang kita gelak tak ingat dunia, kekadang nangis smpai tak keluar air mata
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah : 153)
mintalah pertolangan dariNya, dikala tubuh rebah ke bumi
jangan mudah berputus asa dengan dugaan hidup yg kian hari kian mencabar
Ingat, ALLAH sentiasa di samping kita
tak perlu untuk kita menghebahkan seisi alam
kerana belum tentu mereka dapat mmbantu
hanya Dia yang Maha Mendengar
hanya Dia yang Maha Mengetahui
Wednesday, December 7, 2011
baik sangat ke aku ni?
Agak-agak apabila kita mengata, mengumpat, or bercakap buruk tentang seseorang apa yang kita akan rasa selepas tu??
- Dia tu pakai jer tudung labuh, sarung kaki. Tp perangai macam ape, kalo jnji selalu je tak tepati, kalo pinjam brg org bkn nk jaga elok2... baik aku, atleast amanah..
- Dia tu hari2 bagi tazkirah kat aku. aurat lah, boikot lah blablabla.. Tp couple.. ada hati nk bg tazkirah.. baik aku, atleast jauh da dr zina hati..
- Dia tu pakai je tudung. Tp, pergaulan ngan bdk laki lbh dr yg aku yg freehair nih.. baik aku, atleast pergaulan aku ngan laki aku jaga..
- Dia tu hafal Quran, rajin bc Quran, tajwid pon pandai. Tp, mulut laser nak mampus, dalam bilk bsg giler. baik aku, atleast aku tak sakit kan hati org..
*statement di atas adalah rekaan semata2 tiada kaitan antara yg hdp dan yg mati
Dalam kita sedar or tak sedar selepas kita berckp buruk tentang seseorg, kita akan merasai diri kita ni agak baik dari or lain.. betol x? ni pendapat aku lar..
Then, dalam tak sedar jgk amalan kita akan berkurang sebab kita rase dah cukup baik..
Janganlah rasa diri kita sudah cukup berbuat baik, sudah cukup ibadat dan kemudian sombong di atas bumi Allah. Katakanlah pada diri sendiri bahawa aku masih boleh jadi ahli neraka, aku ni masih tak cukup amal, aku ni banyak dosa, maka dengan perasaan beginilah akan menjadikan kita seorang yang merendah diri dan sentiasa takut kepada Allah dan azabNya.
kenapa kita nak salahkan tudung labuh, stokin, tazkirah n rajin baca quran tu.. kalau ye pon tak suka ngan perangai buruk diorang, x pyh la nk kaitkan ngan benda baik yg dah diaorg buat kan.. manusia mmg tak lari buat salah dalam keadaan sedar or tak sedar.. sbb, tu kita kena saling mengingati sesama kita.. kalo bagi alasan, x cukup baik lagi nk nasihat kat org, mmg sampai bila pon tak lah kan..
p/s: aku bknlah org yg baik sgt, tp cuba nak jadi seorang yg baik, baik disisiNya.. dan aku doakan semua org boleh jadi baik.. amin
Tuesday, November 29, 2011
pujian..
kalau kita mendapat pujian dr org, apa yg kita perlu buat ek??
serious x tau nk wat ape..
pujian satu perkara yang bahaya sebenarnya..
ia boleh membuatkan diri kita lupa diri, bangga atau riak dalam keadaan kita tidak sedar
kita lupa kelebihan yang kita ada
pandai, cantik, kaya, rajin, cekap n sewaktu dgnnyalah
pinjaman semata2
kalau x silap ni doa Abu Bakar ketika menerima pujian
renung2kan lah dan selamat beramal :) ect, br lepas kena puji n x tau nk wat ape, sbb xbtol sbnarnya.. plzlah jgn puji lbh2.. huhu
Monday, November 28, 2011
semenjak, dua menjak..
Sejak dua menjak tiga menjak ni, terasa byk input and ilmu2 yg mnfaat aku perolehi dek kerana byk program2 kat uia ni.. dek kerana ini juga terasa takut dengan bayang2 sendiri, takut tak dapat nak praktikkan dgn ilmu2 yg perolehi dalam kehidupan seharian, takut nak istiqamah dengan perubahan yg ingin dilakukan, takut mudah terlalai dengan hasutan2 syaitan yang tak pernah putus asa.. haish, apa aku merepek ni..
tetiba miss bdk2 nih, curi pic ni kat fb along..bez nyer zaman kanak2, x payah nak fikir apa2..
Wednesday, November 23, 2011
Tiang agama
Solat itu tiang agama, Ibarat rumah yang tak bertiang, begitu lah gambaran yg boleh diberi pada agama kalau tidak menunaikan solat. Jika amalan kita boleh di ukur dengan nilai, beginilah yang boleh kita ibarat kan..
walau berjuta2 wang ringgit kita bersedekah, tiap2 tahun menunaikan haji, puasa tidak pernah tinggal, tp kalau rukun islam yang ke-3 ini tidak dapat kita tunaikan maka semua amalan kita tiada guna lagi.
"Janganlah kita bagi sisa-sisa kehidupan kita kepada Allah"
Ini lah salah satu ungkapan dari Bro.Sham Kamikaze pada opening ceremony untuk Campus Dakwah Project (CAMPRO) dengan dimulai dengan satu talk yang sangat bersesuaian dengan muda mudi zaman sekarang yang bertajuk "I'M ROCK I'M OK"
*nak tau lebih lanjut pasal talk ni klik SINI
Jika diperhatikan sekarang ramai yang ambil mudah tentang rukun islam kita yang ke-3 iaitu solat lima waktu sama ada tidak menunaikan terus dengan memberi bermacam-macam alasan atau melewat-lewatkannya..
Kita sering sibuk dengan kehidupan di dunia (study, tgk tv, online, shopping, berbual kosong...) sehinggakan hanya sisa-sisa masa kita jer dapat di luangkan kepadaNya.. Adilkah kita kepadaNya??
Jawatan kosong kepada sesiapa yang berminat
m0od ~ x sabar nak balik kampung jumpa family y tercenta dgn harapan dapat tunaikan perintah Allah walau dimana bumi dipijak..
Saturday, November 19, 2011
Remaja
"Di dunia, hidup pada zaman remaja memang sekali,
tp lupakah kita yang di akhirat kelak kita sentiasa remaja"
gambar hiasan
Assalamualaikum.. Alhamdulilah, baru je selesai khursus pengurusan jenazah dari pukul 8pg-4ptg, walau pun pada mulanya agak tertekan sbb diwajibkan pada minggu2 nk exam ni, padahal x study gak ttp rasa sgt berbaloi sbb, banyak ilmu baru yang dapat dipelajari..
Sebenarnya bkn nk cerita tentang khursus ni, cuma tertarik dengan ayat salah seorang penceramah td, Ustazah Hayati.. tengah2 dia dok tunjuk demo cara2 nk kafankan jenazah, tetiba dia ada cakap yang memang hidup atas dunia, kita akan lalui zaman remaja sekali sahaja, tp kita lupa yang kelak selama2 nya kita akan berada pada zaman keremajaan..
Ayat tu amat terkesan kpd aku yang suka mencari hiburan, kemewahan, atau dengan kata lain, hidup nak enjoy jer, sehinggakan kekadang aku terlupa yang hidup di dunia hanyalah sementara, seketika, kejap jer bila mana hanyalah satu perjalanan, dan akhirat kelak merupakan destinasi sebenar, kehidupan kita yang sebenar2 nya..
Janganlah sia2 usia remaja kita ni.. kita x tahu bila kita akan mati, mungkin esok, mungkin hari ni, atau mungkin 2 3 minit lagi.. oleh itu kita kena sentiasa bersiap sedia..
"bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian" bersusah lah dahulu hidup kita di dunia ni dengan mengawal nafsu kita.. nafsu malas nak ikut apa yang diperintah olehNya, nafsu malas nak buat apa yang disukai olehNya, nafsu malas nak tinggalkan apa yang dilarang olehNya, nafsu malas nak tinggalkan apa yang tidak disukai oleh Nya, nafsu malas nak study time2 nak exam, ha ni kena highlight sikit, sbb skrang musim exam.. nafsu suka tido banyak, nafsu suka makan banyak, nafsu suka shopping, nafsu suka hiburan dan banyak lagi lah.. iAllah kelak kita akan hidup bahagia jika nafsu2 ini dapat kita atasi.. amin
ada satu cerita pada zaman Rasullulah yang berkait dengan jihad melawan nafsu :
After coming back from one of his battlefields, the Prophet SAW said,
"you have come forth in the best way of coming forth, you have come from the lesser jihad to the greater jihad"
they asked,
"And what is the greater jihad?"
He replied,
"The striving of Allah's servants againts their idle desires"
in english, sbb mls nk translate nota ungs (ungs: salah satu subjek wajib kat uia).. so, x payah nk perang2, lawan nafsu pom dah dikira satu jihad..
p/s : ok, esok saya nk bgn awal.. wsalam
Sunday, November 13, 2011
to all SPM candidates..
All the best to all SPM candidates,
especially to my bro, puih
the only one her0 p0k cik din n cikgu midah
ingat Allah sokmo
maye jange tinggal
ingat etek ko ummi ngan abah tuh...
wat molek exam
result biar gempak
pade ngan hk suko bakar aye tuh..
wat molek exam
result biar gempak
pade ngan hk suko bakar aye tuh..
ikhlas dr SPM candidates 2008
sape ler bdk2 kat atas ni.. hik3
sape ler bdk2 kat atas ni.. hik3
Saturday, November 12, 2011
l0ve is cinta
Assalamualaikum
hari ni, nak post pasal cinta sikit..
bersempena ngan kakak aku (angah) yg br jer kawin..
28/10/2011 kenduri kat rmh aku di pasir mas, kelantan..
n hari ni hantar menantu di taman tas, kuantan, pahang..
maksud cinta sebenarnya
mententeramkan jiwa,
mendatangkan kebahagiaan,
membangkitkan semangat..
tp bila kita dah jatuh cinta ngan seseorang tu
makan x kenyang,
mandi x basah,
tido x lena..
so, betul ke rasa cinta yang kita rasa tu??
Cintailah seseorang yang mencintai Allah lebih dari mencintai kita dan cintailah Allah lebih dari kita mencintai seseorang yang kita cintai cam berbelit jer ayat ni, lantak r.. huhu
cintailah Allah sebelum kita mecintai seseorang
petikan nasyid raihan~cinta hakiki
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejatiNamun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak
Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Selamat Pengantin baru Angah n Abe sharul
semoga berkekalan hingga ke syurga firdaus..
tarikh pada gambar salah..
p/s: mid term ada lagi 3 paper, br nk mncari mood study yg menghilang ntah ke mana.. huhu
Tuesday, October 18, 2011
islam and science
Science without religion is lame
Religion without science is blind
Religion without science is blind
tajuk bkn main lagi, hehe
hasil pembelajaran KOS1000
with
Assistant Prof. Dr. Ibrahim Shogar
one of my favorite lecturer..
lusa quiz
next week submit assignment
next two week mid term
wish me luck
k bye...
Saturday, October 15, 2011
muflis
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”
Lalu jawab sahabat:
“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”
Lantas Baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat.
Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang.
Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya.
Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya
(orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan
dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
amalan yang kita buat sehari2, siang malam x menjamin lagi kita masuk syurga.. x menjamin lagi diterima oleh Allah.. sungguh rugi kalau kita muflis di akhirat kelak.. sia2 amalan kita selama ni.. oleh itu, marilah kita sama2 mohon maaf kepada org yang kita sakiti, aniaya, hina, mengumpat dan apa2 perkara buruk yang kita lakukan kepadanya..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
artis korea cakap pakai hijab menarik
siapa peminat2 artis korea mesti kenal dengan kumpulan 2AM.
satu kumpulan balada di bawah syarikat JYP Entertainment yang
yang dianggotai oleh
Jinwoon, Jo Kwon, Seulong, dan Changmin
Dalam rancangan terkenal di Korea iaitu Happy Together
Seulong dan Jo Kwon mengatakan ada sesuatu yang menarik di Malaysia
iaitu wanita di Malaysia memakai hijab
dan pronunciation mereka sgt perfect..
buktinya tgk ni..
satu lagi yang menarik minat saya tentang perbualan mereka ialah
apabila mereka cakap, ingatkan wanita yang pakai hijab (tudung) ni
x boleh cakap dengan lelaki, boleh cakap dengan suami jer..
sememangnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram itu haram,
jika tiada sebab2 yang munasabah..
Percampuran Yang Diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.
1* Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:
"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
2* Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan.
a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.
b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.
f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.
h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."
i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
~sekadar ingatan untuk diri saya sendiri dan sahabat2
Monday, October 10, 2011
ch0ose your path
(¯`v´¯) 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•**•.¸¸❤`•.
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•**•.¸¸❤`•.
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
~~copy dr rakan fb, diharap bermanfaat utk kita semua.. dunia hanyalah sementara, akhirat adalah kehidupan untuk selamanya.. pengorbanan yg kita lakukan di dunia, insyaAllah akan menjamin kebahagiaan kita di akhirat kelak.. amin
Subscribe to:
Posts (Atom)